Ahad, 10 Ogos 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

AHAD 10 OGOS 2025

KUBUR DI GALI


KUBUR DI GALI
Gua baca berita kubur arwah Zarah di gali kembali. Ini bertujuan untuk mengadakan bedah siasat. Maka sah dan terbukti sebelum di kebumikan  TIDAK ADA  BEDAH SIASAT DI JALANKAN. 

Gua juga baca berita DEMO terus dijalankan di beberapa pekan di  Sabah. Ini berita amat baik DEMO DAH JADI BUDAYA KITA.

Gua juga terbaca adan nama CUCU GEDEBE termasuk dalam senarai kaki buli. Apakah ini betul? Atau sama macam cerita  mesin basuh kah kah kah.

Gua lihat klip  Jantan Gedebe tak mengaku dia ada anak perempuan belajar di sekolah tersebut. Jeng jeng jeng. TAPI gua juga  baca berita ada beberapa pelajar dah di tukar ke sekolah lain – jeng jeng jeng.

ISU ARWAH ZARA INI makin merebak. Kita lihat dengan positif peranan yang di mainkan oleh media sosial. Kita lihat bagaimana MEDIA SOSIAL telah menghebohkan isu ini hingga menjadi isu nasional. Dimana mana kita pergi pasti ada yang bertanya apa dah jadi dengan  kerajaan ini. Jeng jeng jeng.

POLITIKUS SABAH dan MADAFAKA terpaksa  mohong kah kah kah. Tak lama lagi akan ada PRN SABAH jika di bakar jika di goreng jika di tabur  minyak jika  terus di hasut pasti kerajaan Madanon sekarang terpelanting.

SELAMAT DATANG WARISAN – tapi gua tak ada dengan komen dari Parti Warisan –   Tak Turun Jalan Raya Tak Menang Pilihan Raya.

MENTERI BURIT HIJAU
Gua baca menteri ini buat laporan polis kunun ada berita palsu – maklumat palsu tentang ZARA. Menteri  ini haya bercakap melalui burit  dia tak tak tahu apa yang berlaku – KEMARAHAN RAKYAT SEDANG MENGOMBAK – jika isu ini di  goreng oleh nasionalis Sabah -  akan menjadi ISU SABAH MERDEKA – Warga Sabah tak mahu dengar kata Menteri Burit Hijau dari SEMENANJUNG. AMIN.

HARGA BARANG
Kemarin gua di Chow Kit – gua lihat harga barang TIDAK NAIK. Sama seperti minggu lepas. Sayur barang makanan yang gua beli – harga sama.

TELOR yang di umum di tarik subsidi masih harga lama. Ikan udang ayam – harga lama – Tapi BUAH KURANG – gua menunggu buah DELIMA SEPANYOL  tapi masih tak muncul.  

BUAH MANGGA  WATER LILY – yang paling gua minat dah habis musim -  tapi mangga masih banyak. Manggis masih banyak – Ha ha – LONGAN jatuh dari 8rm ke 6rm sekilo. Dan Anggur Merah juga dari 7rm sekotak kini jadi 5rm sekotak. 

Dan BLUEBERRY  5rm sekotak – gua beli 3 kotak. Ini buah yang wajib di makan mengikut kata DR YOUTUBE – kah kah kah. AMIN

UK
Polis menangkap 474 warga  yang  berdemo menyokong kumpulan PALESTIN ACTION. Ngo ini telah diharamkan di UK dan di takrif pengganas.

ISRAEL
Demo besar menentang  niat Setanyahu yang mahu bawa askar masuk ke Gaza. Keluarga tawanan marah  jika askar masuk maka orang tawanan akan mati bersama.

GAZA
Projek  hantar makanan dan kemudian tembak mati sapa yang datang kini jadi dasar resmi Zionis Israel Blackrock. Kemarin 10 di tembak mati.

SIAM-KAMBOJA
Periuk Api meledak di kawasan sempadan. Tiga soldadu Siam cedera.

AMERIKA
Trump sedang rancangan untuk guna askar dan soldadu untuk melawan kartel dadah. 

INDIA
Hujan lebat sampai.  Di New Delhi berbelas warga miskin kota  hanyut mati lemas. Mereka adalah setinggan di pinggir kota.

UKRAINE
Perjumpaan Trump dan Putin  di lapor akan menerima  hakikat bahawa wilayah yang isytihar masuk menjadi wilayah Rusia akan di terima. Maknanya 4 wilayah Selatan Ukraine akan jadi wilayah Rusia.

HOKKIEN
Pagi ini basah malap. Langit hitam mendung. Macam nak hujan. Matahari tidak kelihatan.  KL & KL Sentral berkabus berjerebu.

Tekukur bersuara. Dari jauh gua dengar suara Gagak  bersama salakan warga Asal.  Dari jauh ada bunyi mesin potong rumput.

Bila kami lalu depan Pokok Ara warga asal datang di jalan. Mereka marah.  Wow ! Ini kali pertama gua nampak ada dua ekor anak anjing bersama mereka. Patutlah marah.

Ha ha –  jap lagi gua nak balik kampung – nak lihat buah apa yang ada. Tapi tarikan ialah Gulai Kancil Masak Lomak – ini kancil dari Kampung orang asli. 

Gua harap tak hujan hari ini. Amin.

SENYUM
SENYUM DI PAGI
AHAD

BRO
Turun ke sawah berbaju merah
Mendengar cerita penglipur lara
Warga Sabah bangun marah
Tuntut keadilan buat Zara

BRO
Badan rebah di bawa berjemur
Berjemur panas di sebelah unta
Warga Sabah turun berdemo
Demo dah jadi budaya kita

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan