PAGI INI
PAGI INI
RABU 20 OGOS 2025
JALUR TEMBERANG
GEROMBOLAN DAN JALUR TEMBERANG
Wow.. gua baca Ketua pemuda UMNO Dr Akmal akan di hadapkan ke mahkamah. Tuduhan apa gua tak tahu. Semua berpunca dari Jalur Temberang.
Dr Akmal ini sosok yang hebat. Memiliki fikrah dan semangat juang. Inilah rupa bentuk pemimpin Melayu yang kita tunggu.
Dr Akmal wajib singkir kan Zahid dari jadi Presiden UMNO – kemudian tolak DAP – baru dilihat hebat. Tapi sekarang pun hebat kerana berani lawan DAP.
Apa yang jelas kumpulan UMDAP dalam UMNO masih kuat – maka tugas suci sosok seperti Dr Akmal ialah mencungkil buang GEROMBOLAN UMDAP.
ARWAH ZARA
Hari ini 5 pelajar bawah umur akan di hadapkan ke Mahkamah di Sabah. Mereka di dakwa kes buli jeng jeng jeng. Yang pelik siasatan belum selesai – INGKUES belum berjalan – tup tup dah ada dakwaan. Wow – PROJEK APA INI ?
Inilah perkara yang menimbulkan kemarahan Warga Maya. Dulu sengaja lambat siasat – sekarang cepat cepat dakwa – PROJEK APA INI > jeng jeng jeng.
TABUNG HAJI
Kah kah kah... Tabung Haji nak buat muka baru ? kah kah kah. Apa jadi dengan imej lama Kah kah kah. Berapa juta belanja untuk buat MUKA BARU kah kah kah.
TAPI yang pelik lagi LUAR TABII ialah syarikat yang nak buat MUKA BARU untuk Tabung Haji ini bukan dari syarikat Islam – jeng jeng jeng.
Jadi kita nak tahu – Syarikat Kapir ini nama apa ? Kroni siapa? Jeng jeng jeng – ada tender terbuka atau hanya bincang dalam kelambu atas katil kah kah kah – INI BETUL KES LUAR TABII.
UKRAINE
Trump kata Amerika tidak akan hantar soldadu untuk bantu Ukraine. Tapi Amerika sedia sokong keselamatan Ukraine.
RUSIA
Putin tidak ambil pot cadangan Trump untuk Putin jumpa Zelensky. Putin dan Rusia tak perlu gesa-gesa untuk damai. Tak lama lagi Ukraine akan angkat bendera putih. Askar Ukraine dah pupus.
ISRAEL
Setanyahu tidak berminat dengan cadangan gencatan senjata yang di cadang. Perbincangan di teruskan. Setanyahu mahu semua tawanan di bebaskan.
MYANMAR
Lebih dari 50 buah parti politik mendaftar untuk ambil bahagian dalam PRU. Mengundi akan bermula pada 28 Disember ini.
PAKISTAN
Hujan lebat dan banjir mengakibatkan 400++ maut di Utara Pakistan.
FRANCE
Presiden Macron mahu sekatan ekonomi dikenakan lagi kepada Rusia. Ini jika usaha DIPLOMASI gagal.
HOKKIEN
Pagi ini segar basah. Mata hari dah keluar cahaya lemah. Langit pucat. KL & KL Sentral berkabus nipis kerana hujan petang kemarin.
Di Pintu masuk Cengkerik bersimponi – melesit suara dari hutan belukar.
Ha ha di kawasan rumput tinggi dua kumpulan Pipit terbang melintas. Lebih dari 20 ekor terbang berlegar. Nampaknya Pipit tahu rumput mana dah naik tinggi. Wilayah rezeki.
Bila kami melintas depan Pokok Ara Warga Asal mula menyalak. Seekor berdiri d atas makam. Warna sama macam bulu Tak Tak. Si Mamat ini tak gentar bila gua hampiri. Kelihatan kacak dan slim berbanding dengan Tak Tak yang gemok.
Hari ini akan panas. Di balkoni gua cahaya matahari dah sampai.
Petang ini Tak Tak dan Ezi akan pergi jumpa Doktor di UPM – temu janji dah di buat. Tak Tak tergaru-garu. Dagu Ezi pula membesar banyak lemak. Hospital UPM untuk gua terbaik. Satu doktor dan dua pembantu – anak mahasiswa yang belajar nak jadi Bomoh Haiwan. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM KITA SAMBUT
RABU YANG INDAH
BRO
Musuh yang pandai lebih baik dari kawan yang bangang.
BRO
Lu betul bodoh mengharap bila lu panggil dia tiga kali dia tak angkat talipon.
BRO
Jangan benarkan diri kita di pimpin oleh Sang Bodoh. Amin.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan