Khamis, 21 Ogos 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 21 OGOS 2025

RINGGIT DAN DOLAR


NILAI DOLAR JATUH
Dalam masa tidak lama lagi nilai dolar akan jatuh. Ini kerana EKONOMI AMERIKA sedang kacau sedang bilau. Dasar TARIF  yang di perkenalkan oleh Trump bukan hanya menghuru harakan ekonomi dunia – malah ekonomi  Amerika terbarai sama.

JUSTERU Trump sedang merancang untuk TURUNKAN NILAI DOLAR.

CARA amat mudah turunkan NILAI BUNGA BANK. 

Sekarang Trump sedang berusaha untuk membuang Pengerusi FEDERAL RESERVE – BANK NEGARA AMERIKA  - sosok ini enggan mengikut kata Trump untuk turunkan nilai  BUNGA BANK.

JUSTERU politikus PN  dan aktivis NGO di Malaysia JANGAN timbulkan isu NILAI  RINGGIT  yang rendah bila  di bandingkan dengan dolar. 

DOLAR akan jatuh nilai dalam masa TIDAK LAMA LAGI. 

Bila ini berlaku MADAFA akan klim ini kerja dia. MADAFAKA akan klim ini kejayaan dasar ekonomi kerajaan Madani. 

AWAS !!! ini akan berlaku – jadi  dari sekarang kita wajib sedarkan  orang ramai bahawa  NILAI DOLAR  AKAN JATUH – nilai Ringgit akan naik berbanding Dolar. Ini BUKAN kerana  kejayaan MADAFA tetapi kerana ini perancangan TRUMP.  Amin

ARWAH ZARA
Bicara KES BULI 5 pelajar yang terlibat dalam kematian Zara berjalan di Kota Kinabalu. Warga Maya  anggap ini semua adalah TEATER SANDIWAAR nak selamatkan.....???? Nak  SELAMATKAN SAPA? Jeng jeng jeng.

Lima di tuduh dengan tuduhan lembik. Ini untuk memastikan bila di TEMUI BUKTI KE ARAH  BUNUH dalam INKUES maka BUDAK LIMA ORANG INI tidak boleh didakwa lagi. INI PANDANGAN HUKUM HAKAM.

PAKAR PATOLOJI
Kah kah kah – gua baca pakar patologi  Datuk Doktor Profesor Tengku Iskandar yang klim dia terlibat dalam bedah siasat rupa-rupanya KAKI TIPU.

TAPI yang menjadikan ini bertambah pelik ialah  mengapa GAMBAR DAN NAMA malaon ini tidak di umumkan. Jeng jeng jeng – APAKAH peranan malaon ini  sebagai DECOY untuk kaburi kes kematian ZARA.

Sengaja buat cerita  ini agar nanti kita semua akan percaya VERSI MADANI .

JUGA seorang guru yang buat CERITA MATI DALAM MESIN BASUH telah di tahan. Apa tujuan cerita yang TAK MASUK AKAL ini disebar ? APAKAH  ni juga sebahagian dari projek  DEEP STATE DAULAH TERPENDAN untuk kaburi kes kematian ini – jeng jeng jeng. 

Nama dan gambar  DUA MALAON penyebar berita PALSU ini tidak muncul-muncul – APAKAH MEREKA DI  BAWAH UMUR? Kah kah kah. AMIN.

ISREAL
Setanyahu telah arahkan  tentera Zionis untuk memanggil 60,000 - askar  simpanan. Ni persediaan untuk masuk menyerang KOTA GAZA dimana ada  1 juta lebih warga Palestin masih bertahan.

INDIA
Kali ini India berjaya meledak roket yang boleh membawa senjata nuklear. Roket ini boleh sampai JAUH KE DALAM  China Merah.

INDONESIA
Gunung Semeru di Malang Jawa Timur  meledak kemarin. Muntahan lava naik setinggi 800 meter.

AMERIKA
Rumah Putih  lancar akaun Tik-Tok.

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk segar. Matahari tidak kelihatan. Langit pucat lesi – awan gelap macam nak ujan. KL & KL Sentral berkabus tebal. Ujan petang kemarin.

Di hutan belukar Jantan  berkokok. Suara macam baru belajar berkokok.  Suara Tekukur dari tiga penjuru - dari Bukit Kiri - Bukit Kanan dan dalam sawah rumput.

Gua lihat rumput panjang tinggi telah jadi coklat. Ini kerana diracun kemarin. Tapi Pipit  masih kelihatan berkumpul di wilayah ini. Gua nampak satu kumpulan kecil - belasan  ekor terbang mencari rezeki.

Aduh ! ditengah jalan gua ternampak seekor KATAK mati – Ini betul MATI KATAK. Wow mayat katak ini muncul  - lalu ianya mengingati  tulisan  MATI KATAK yang selalu gua gunakan bila menulis KES ARWAH ZARA.

Sebagai  tanda hormat pada Sanga Katak yang telah meninggal dunia gua alih mayatnya dan  letakkan di atas kubur. AMIN

Gua rasa hujan akan turun. Angin sejuk sedang bertiup. Malam jadi indah  untuk bersantai di kedai Mamak. 

BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
KHAMIS

BRO
Cinta lu bukan bertemu dengan orang sempurna. Tapi cinta lu akan melihat  yang tak sempurna jadi  sempurna.

BRO
Bila lu jatuh cinta lu rasa dunia ini indah  jadi milik lu. Sehingga bil talipon sampai.

BRO
Lu lafazkan kata-kata cinta itu agar dia membuka seluar. AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan