Selasa, 26 Ogos 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SELASA 26 OGOS 2025

FARHASH SAMAN RIFIZI


SAMAN JANGAN TAK SAMAN
Wow !!! Kes saman ini pasti paling menarik. Rafizi dah bersedia untuk di saman oleh Farhash. Satu Malaysia menunggu. Satu ASEAN menunggu. Satu  Asia menunggu. Satu Dunia menunggu.

Kes SAMAN ini akan sama setaraf dengan kes saman Yusof Rawther –  Madafaka  di saman kerana cuba ISAP PELIR  Yusof kah kah kah.

Nanti banyak cerita boleh di dengar – banyak perkara dalaman yang  orang ramai tak tahu akan terbonggeng keluar. Menarik menarik menarik jeng jeng jeng.

Wow – wartawan dan para pengamal media sosial pasti sibuk. Laporan TER HOTT TE KINI TER NOWW kah kah kah.

TAPI – jangan potong stim macam  NAJIB – tup tup kan SAMAN HARI SELASA – kah kah kah. AMIN.

JALUR TEMBERANG
Kah kah kah... Malam kemarin gua gi makan dan cari pisang dan jering di  Jalan Raja Bot. Kah kah kah... gua tak nampak sesiapa pasang JALUR TEMBERANG kah kah kah.

Gua juga tengok kereta di Lebuh Raya Persekutuan – kah kah kah – Takda sapa pun  pasang bendera Jalur Temberang di kereta atau lori. Ini petanda baik.. ini TANDA Jalur Temberang dah  terbogel temberang.

BERITA PALSU – FAKES NEWS
Berita palsu yang akan di sebar setiap  bulan OGOS ialah kita dapat MERDEKA tanpa tumpah darah. Ini BERITA PALSU... IBU SEGALA BERIAT PALSU. Penyebar bernama  Tunku Rahman.

Tapi makin ramai makin sedar – PETANDA BAIK. AMIN

INDONESIA
Demo sedang berjalan. Kemarin dari pagi sampai ke malam. Ini tanda kemarahan warga Indon terhadap Presiden Baru.  Prabowo nak ubah cerita Indonesia. Nak beri soldadu kehormatan. Anak muda pelajar mahasiswa bangun melawan – Indonesia GELAP.

GAZA
Zionis BlackRock bom HOSPITAL AL-NASSER – lebih 20 gugur termasuk 5 orang wartawan. Wartawan duduk atas tangga hospital kerana menumpang sistem Internet Hospital. Mereka di serang drone.

AMERIKA
Trump jumpa Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung. Bincang hal tarif. Korea setuju nak beli 100 buah pesawat Boeing. Trump juga pasang niat nak jumpa Kim Jun Un dari Korea Utara.

UKRAINE
Heboh heboh  kini dah ada pengganti  Zelensky. Sosok ini bekas Ketua tentera yang kena buang oleh Zelensky. Pada masa ini Mamat ini jadi Duta di London.

SWITZERLAND
Iran dan tiga negara Eropah – UK – German dan Peranchis – sedang berbincang di Geneva.  Bincang hal NUKLEAR.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar sejuk. Kemarin hujan sedikit tapi angin kuat. Langit biru indah.  Matahari bersinar. Rumput basah kelihatan  bersinar macam intan dan kaca.

KL & KL Sentral cerah – angin kuat malam kemarin.

Di Pintu masuk dalam hutan belukar jantan berkokok. Dari atas bukit Tekukur berlagu.  Tiong bercekak bising.  Warga Asal tidak menyalak. Gua nampak saekor – tanpa geng dia senyap bercawat ekor.

Dari jauh gua dengar bunyi mesin rumput yang berterusan.

Hari ini pasti panas. Tak Tak dah menjalar di balkoni. Panas gua rasa sampai ke petang. Malam jika angin kuat pasti santai. Malam kemarin masa angin kencang bertiup gua sedang makan di Kampung Baru. Terasa sejuk dan nyaman. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DAN SAMBUT
PAGI SELASA

Duduk dibangku memakai topi
Topi  jangan di bawa tidur
Semua menunggu semua menanti
Rafizi di saman oleh Salvador

Tidur bermimpi pergi ke Beruas
Selimut tercabut baru terjaga
Nasihatkan  Rafizi perlu berawas
Takut nanti diperangkap ganja

LAKUKAN SEKARANG
LAKUAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan