PAGI INI
PAGI INI
AHAD 3 0GOS 2025
TEMPAT BELAJAR TEMPAT MATI
SEKOLAH JADI TEMPAT MATI
Hoi... kita baca berita Zara di Sabah meninggal dunia. DI lapor bunuh diri tapi keluarga menolak cadangan ini.
Apa berlaku ?
Jeng jeng jeng.
Di Johor juga ada siswa mati. Sedang di siasat. Keluarga mahu peguam ikut sama dalam tim siasat. Keluarga tak puas hati apakah siswa ini kemalangan atau jeng jeng jeng ... di bunuh... jeng jeng jeng.
Di Utara juga seorang pelajar mati di langgar kereta. Ini kemalangan. Tapi yang nak jadi cerita kereta yang melanggar ini di pandu oleh Abang Polis – bukan kereta polis. Di laporkan kereta ini langgar lampu merah. Jeng jeng jeng.
Dulu DI IPOH juga ada kes polis ada pangkat langgar pelajar – apa JADI ? jeng jeng jeng.
Semua janji nak siasat – Tapi gua harap JANGAN JADI KES TEO BENG HOCK.
MAT INDON BERNAMA RIZAL KHALID
Berita Mamat Orang Jahat INDON heboh di Indonesia. Mamat ini di cari polis. Pasport Mamat ini dah di lupus. Mamat ini dikatakan menyorok di Malaysia. Jeng jeng jeng.
Nak buat ceriat MAMAT ini kenal dengan MADAFAKA. Malah di lapor Mamat ini nak melabur cari gali RARE EARTH – Nadir Bumi di Kedah. Cerita ini di bocor oleh Sanusi ketika kempen PRN Kedah. Jeng jeng jeng.
Ketika Madafaka di Jakarta rupa-rupanya Madafaka kena tanya oleh media Indon ...jeng jeng jeng ... Madafaka seperti biasa MOHONG kah kah kah.
KES ini molek sekali... kita ada satu peluru untuk tibai Madafaka... kah kah kah. AMIN
UKRAINE
Rasuah makin menjadi-jadi di Ukraine. YB yang rapat dengan Presiden Zelensky telah di tahan kerana rasuah. Rasuah beli drone – harga berganda-ganda mahal.
INDIA
Negara ini masih lagi membeli minyak dari Rusia walau pun Trump dah beri amaran. Trump juga beri ancaman.
BANGLADESH
Bicara Sheikh Hasina bermula. Bekas PM ini sedang menyorok di India.
SWEDEN FINLAND NORWAY
Panas yang maha panas. Musim panas yang ter panas dalam sejarah negara Nordic ini.
GAZA
Hamas buat kenyataan yang HAMAS TIDAK AKAN LETAK KAN SENJATA – sehingga NEGARA PALESTIN di dirikan.
KAMBOJA
Negara ini minta Malaysia bantu pembebasan 18 orang askar Kemboja yang masih di tawan di Siam.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Mata hari dah keluar. Cahaya bersinar indah. Langit biru pucat – berawan putih.
Di pintu masuk Cengkerik mendesit. Agak sunyi pagi Ahad. Dua Abang Potong Rumput bekerja. Wow berbelas-belas – ramai sungguh – tiong mengelilingi Abang yang sedang bekerja. Bila gua melintas Tiong berterbangan . Ini kawasan rezeki untuk Tiong.
Dari dapor gua terdengar Jantan berkokok dalam hutan belukar. Menjadikan pagi Ahad ini indah.
Hari ini akan panas. Jika angin kuat petang ini malam jadi sejuk santai. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
PAGI AHAD
BRO
Ketika lu bercinta hanya ada dua perkara : Badan lu dan kata-kata lu.
BRO
Masa lu jatuh cinta jiwa lu akan keluar merangkak dari tempat sembunyi.
BRO
Tidak ada sapa pun dapat mengukur menimbang hati yang menahan.
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan