PAGI INI
PAGI INI
31 OGOS 2025
MALAPETAKA = NAKBA
HARI MALAPETAKA
Hari ini ialah Hari Malapetaka. Hari kuasa Inggeris di ambil alih oleh benggolan United Malays National Organisation.
Hari NAKBA atau hari MALAPEKA untuk Palestin ialah 15 Mei – Untuk TANAH MELAYU ialah 31 Ogos. Zionis ambil alih Palestin. Boneka Inggeris ambil Tanah Melayu.
BERITA PALSU – FAKE NEWS
Mat Sabu kata : Sila tanya siapa pemimpin United Malays National Organisation yang melawan penjajah Inggeris? ELEEK.
Sila namakan pemimpin United Malays National Organisation yang di BUNUH, di TANGKAP atau di BUANG NEGERI oleh penjajah Inggeris. ELEEK.
BERITA PALSU – FAKES NEWS
Budak suruhan Inggeris bernama Tunku Abdul Rahman kata Tanah Melayu dapat MERDEKA tanpa tumpah darah.
Ini bohong.
Ada perjuangan RAKYAT TANAH MELAYU ANTI INGGERIS yang angkat senjata lawan penjajah. Nama seperti Shamsiah Fakeh. Abdullah Sidi, Rashid Maidin, Chin Peng, Pak Sako, Mokhtaruddin Lasso DAN RIBUAN LAGI. Semua berjuang ANGKAT SENJATA untuk halau Inggeris dari Tanah Melayu.
BUKTI BARUA INGGERIS
Gerombolan ini klim berjuang untuk nusa dan bangsa – klim berjuang untuk Melayu. Tapi kenapa nama UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION – ini bukti jelas sebagai barua Inggeris. AMIN.
PASAR CHOW KIT
Kemarin gua ke Pasar Chow Kit lalu ikut Lebuh Persekutuan masuk depan Masjid Negara -lintas belakang Kelab Selangor – Gua buka mata nak tengok ada kah kereta, van, bas, lori atau motosikal pasang JALUR TEMBERANG.... kah kah kah - rien , zilch, nothing, zero, sifar, kosong TAK ADA SAEKOR PUN – kah kah kah. BUKTI jelas JALUR TEMBERANG di tolak kerana itu tiap Ogos ramai pasang terbalik... kah kah kah.
TAHUN INI GUA PALING GUMBIRA – bila tak nampak Jalur Temberang di jalan raya – kah kah kah.
TERUSKAN hingga akan ada UNDANG UNDANG keras untuk PAKSA kibar JALUR TEMBERANG. Pasti tahun ini ada YB Kepala Busuk yang dah fikir untuk tangkap sesiapa sahaja yang ketawakan JALAUR TEMBERANG.
BENDERA TANAH MELAYU MERDEKA ialah SANG SAKA. Amin
INDONESIA
Jeneral Prabowo di bedal rakyat. Awal seorang anak muda pemandu motosikal GOJAK mati di langgar kereta polis. Juga ada kematian bila bangunan Parlimen Sulawesi di bakar. Jeneral Prabowo sedang arah soldadu untuk lawan rakyat. Demo di teruskan.
GAZA
Tujuh orang soldadu Zionis meledak di Gaza hasil dari bom jangka Hamas.
YAMAN
Zionis Israel bom dan membunuh Perdana Menteri Yaman.
BRAZIL
Trump kenakan 50% tarif pada Brazil. Kini Brazil akan bertindak balas akan kenakan juga 50% tarif kepada Amerika.
HOKKIEN
Pagi ini kelam. Mata hari tak keluar. KL & KL Sentral berjerebu. Langit pucat putih. Kemarin hujan sekejap.
Agak sunyi takda kereta tau lori lalu. Abang Potong rumput tak kerja. Tapi suara Tekukur dari atas bukit masih kuat. Juga suara Tiong.
Tapi bila kami melintas depan Pokok Ara – satu kumpulan Warga Asal datang ke jalan – termasuk dua ekor budak kecik – warna kiut putih.
Gua yakin hari ini akan panas. Tak Tak dah menjalar di balkoni.
BRO
SENYUM
SENYUM PADA
PAGI AHAD
Pokok terap pokok penaga
Buat rumah gagah perkasa
31 Ogos hari malapetaka
Barua Inggeris dapat kuasa
Ayam Seletar ikan Senohong
Piano dalam perahu Bugis
Kaki putar kaki mohong
UMNO jadi barua Inggeris
LAKUKAN SEKARANG
LAKUAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan