Jumaat, 1 Ogos 2025

PASLA APA MENAFIKAN ?



Kes Zara Qairina tiada kaitan dengan keluarga TYT – Istana Seri Kinabalu

KUALA LUMPUR – Kematian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Tun Datu Mustapha, Zara Qairina Mahathir tidak mempunyai kaitan dengan keluarga Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman.

Istana Kinabalu yang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu berkata, tuduhan tersebut adalah fitnah, tidak berasas dan tidak bertanggungjawab yang boleh mencemarkan nama baik keluar Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Sehubungan itu, Setiausaha Perhubungan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Abdulah Husin meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan berbaur fitnah.

Tambahnya, sebarang penyebaran maklumat palsu boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sebarang perkembangan berkaitan siasatan hendaklah dirujuk kepada pihak PDRM atau kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham orang awam,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kertas siasatan mengenai kejadian tersebut difahamkan sudah dihantar oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diperhalusi sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina, 13 tahun, ditemui dalam keadaan cedera parah, di bawah bangunan asrama kira-kira jam 3 pagi sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Pelajar itu dilaporkan meninggal dunia di hospital keesokan harinya, dengan laporan awal mengatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

Bagaimanapun, terdapat naratif yang tular di media sosial mengaitkan insiden tersebut sebagai kes buli. 

WOIT

PASAI APA

ADA  PENAFIAN

KAH KAH KAH

INI BUKAN

KES RASUAH

KAH KAH KAH

DI MALAYSIA

KALAU NAFI 

ERTINYA BENAR

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan