Khamis, 7 Ogos 2025

RUSIA DAN CHINA SAHABAT BAIK INDIA



Trump kenakan tarif tambahan 25 peratus ke atas barangan dari India


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengeluarkan satu perintah eksekutif yang mengenakan tarif tambahan sebanyak 25 peratus ke atas barangan dari India.

Tindakan itu dilakukan berikutan India secara langsung atau tidak langsung mengimport minyak dari Russia, sebagai tambahan kepada tarif 25 peratus yang diumumkan sebelum ini.

Langkah itu disifatkan akan menjejaskan lagi hubungan antara Washington dan New Delhi.

Malah, ia diumumkan selepas satu sumber kerajaan India menyatakan bahawa Perdana Menteri India, Narendra Modi, dijangka mengadakan lawatan rasmi pertama ke China dalam tempoh lebih tujuh tahun, akhir bulan ini.

Hubungan antara AS dan India kini berdepan krisis paling serius dalam beberapa tahun kebelakangan ini, susulan kegagalan rundingan perdagangan antara kedua-dua negara untuk mencapai kata sepakat.

Langkah Rumah Putih itu, yang pertama kali diisyaratkan oleh Trump pada Isnin lalu, menyusuli lawatan wakil diplomatik tertinggi Trump, Steve Witkoff, ke Moscow dalam usaha menekan Russia supaya bersetuju menamatkan perang di Ukraine.

Trump turut mengancam untuk mengenakan tarif lebih tinggi ke atas Russia serta sekatan sekunder ke atas sekutunya sekiranya Presiden Russia, Vladimir Putin, gagal mengambil langkah untuk menamatkan konflik itu.- REUTERS

INDIA AKAN

JADI SAHABAT

BAIK DENGAN

RUSIA DAN CHINA

AMIN

1 ulasan:

  1. Trump ini sekejap saja, tapi bawa kerosakan kekal kepada seluruh dunia, dia ingat dia hebat belaka, tetapi hakikatnya rakyat Amerika sendiri sudah benci, mohong kuat dari PMX sebab itu ayat fantastic keluar tiga kali, betul atau tidak kena tanya Trump, kah kah kah bohonglah selagi boleh, urusan dalam negara sendiri pun kelam kabutnya kah kah kah ki rest mi case mi Lord kah kah kah

    BalasPadam