Selasa, 12 Ogos 2025

SETANYAHU BERKATA BENAR !!!




Tawan keseluruhan Gaza cara terbaik tamatkan perang - Netanyahu

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mendakwa rancangannya untuk menawan Gaza adalah cara terbaik untuk menamatkan perang di Asia Barat.

Rancangan yang dikutuk secara meluas oleh banyak sekutu Israel sendiri itu, bertujuan untuk meletakkan seluruh Semenanjung Gaza di bawah kawalan kerajaan Netanyahu.

Beliau berkata walaupun Israel kini menguasai sekitar 75 peratus kawasan terkepung itu, terdapat baki dua kubu kuat di mana beliau mendakwa sebagai kem pusat Hamas di utara dan Kota Gaza.

Netanyahu menegaskan matlamat utama mereka bukan untuk menduduki Gaza, sebaliknya untuk membebaskan Gaza salam 'garis masa yang agak singkat.'

Katanya, tentera Israel mengatasi kawalan keselamatan di sana namun pihaknya tidak bertanggungjawab ke atas pentadbiran awam.

Beliau juga berkata ada rancangan untuk mewujudkan 'zon keselamatan' di sempadan Gaza untuk mencegah pencerobohan pengganas masa depan, merujuk serangan maut Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Netanyahu berkata beliau telah mengarahkan tentera Israel untuk membawa lebih ramai wartawan asing, yang akan menjadi perkembangan yang menarik kerana mereka sebelum ini tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Netanyahu sekali lagi menyalahkan masalah di Gaza pada kumpulan Hamas, termasuk kematian orang awam, kemusnahan dan kekurangan bantuan.

"Sejak permulaan perang, Israel telah memasukkan hampir dua juta tan bantuan. Saya tidak tahu jika ada tentera lain yang membolehkan bantuan sebanyak itu sampai kepada penduduk awam di wilayah musuh.

"Sekarang, jika kita mempunyai 'dasar membiarkan kebuluran berleluasa', tiada seorang pun di Gaza akan terselamat selepas dua tahun perang tetapi dasar kami adalah sebaliknya," katanya.

Sejak Israel memulakan serangan balas terhadap Semenanjung Gaza, lebih 61,000 rakyat Palestin telah terbunuh.

Jumlah ini tidak termasuk bilangan orang yang meninggal dunia akibat kebuluran atau kekurangan zat makanan.

Sejak Jun, apabila kementerian kesihatan Hamas mula mengumpul data mengenai kebuluran, 100 kanak-kanak meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan manakala 117 orang dewasa meninggal dunia akibat kekurangan makanan di Semenanjung Gaza.

Di sebalik kritikan bertubi-tubi daripada pemimpin dunia berhubung tindakan Israel di Gaza, Netanyahu berkata negaranya bersedia untuk berperang tanpa sokongan mana-mana pihak lain.

"Kami akan terus memerangi Hamas dengan atau tanpa sokongan orang lain," katanya.

Berikutan komen Netanyahu, seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai rancangan Israel mengawal bandar Gaza.

Katanya, ia berisiko mewujudkan malapetaka lain dengan kesan yang meluas jika Netanyahu masih mahu meneruskan matlamatnya bukan untuk menduduki wilayah itu.

UNSC mengadakan mesyuarat tergempar hujung minggu yang jarang berlaku selepas Israel berkata tenteranya akan 'menguasai' Gaza, yang diluluskan oleh Kabinet keselamatan Netanyahu, sekali gus mencetuskan gelombang kritikan global.

" Sekiranya rancangan ini dilaksanakan, ia mungkin akan mencetuskan satu lagi malapetaka di Gaza, bergema di seluruh wilayah dan menyebabkan pemindahan paksa, pembunuhan dan kemusnahan," kata Penolong Setiausaha PBB Miroslav Jenca kepada UNSC. - AGENSI

SETANYAHU

BERKATA BENAR

AMIN

NIAT ZIONIS

SEDUNIA HAPUSKAN

PALESTIN

AMIN

SELAGI ISRAEL

ADA AMERIKA

ISRAEL BOLEH

MENJALANKAN

GENOSID

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan