Lebih 400 ahli sindiket penipuan ditahan dalam serbuan di ibu negara – Fadil Marsus
KUALA LUMPUR – Polis menahan lebih 400 indvidu dipercayai ahli sindiket penipuan bagi membantu siasatan berhubung serbuan dilakukan di ibu negara, kelmarin.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, namun enggan mengulas lanjut susulan tangkapan yang ramai.
“Saya sahkan perkara itu berlaku dan satu sidang media akan dilakukan dalam masa terdekat ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Semalam, akbar tempatan China Press melaporkan serbuan polis menumpaskan sindiket perjudian dan penipuan dalam talian terbesar di ibu negara selepas menahan lebih 100 individu dalam serbuan di sebuah menara komersial di Bangsar South.
Akhbar itu melaporkan, operasi berkenaan dijalankan ke atas sekurang-kurangnya lima tingkat bangunan yang dipercayai menempatkan pusat panggilan sindiket tersebut.
Difahamkan, kumpulan lelaki dan wanita yang ditahan dibawa dengan tujuh trak polis secara berperingkat ke balai berhampiran untuk siasatan lanjut.
Wartawan akhbar itu yang turut berada di lokasi memaklumkan operasi masih berterusan sehingga lewat petang apabila lima lagi trak digunakan untuk membawa tambahan suspek.
Tangkapan itu turut mencetuskan spekulasi di media sosial yang mendakwa bangunan terbabit mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat atau broker dalam talian.
Syarikat itu didakwa tidak memiliki lesen Bank Negara Malaysia (BNM) selain berdepan rungutan pelanggan yang gagal mengeluarkan wang. –

Zaman sekarang kena tayang kejayaan, kena sebarkan kerjaya sendiri, penuh taksub bermain politik juga kah kah kah, ramai juga artis berkaliber sekarang, siap video audio ucapan semuanya direncanakan supaya menarik perhatian orang amin, syukur alhamdulillah orang kita semakin bijak mempromosikan diri dalam media sosial kah kah kah
BalasPadam