Bersatu selar SPRM membisu selepas pendedahan anak TPM pengarah syarikat terima konsesi Menara KL
Seorang pemimpin Bersatu mempersoalkan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan pendedahan anak seorang menteri kanan merupakan ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang menerima kontrak 20 tahun menguruskan Menara Kuala Lumpur, struktur ikonik yang kini di tengah-tengah pertikaian mahkamah berikutan pengusiran paksa bekas pemegang konsesi.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan berkata apa yang didedahkan sekumpulan ahli Parlimen Perikatan Nasional minggu lepas merupakan "satu perkara besar" yang sepatutnya mendorong SPRM bertindak.
"Tetapi sehingga kini pihak berkuasa terutama SPRM kelihatan masih tidak melakukan apa-apa. Padahal berdasarkan pengalaman, saya tahu bahawa SPRM boleh mengarahkan pegawai mereka membuat laporan untuk memulakan siasatan," kata Wan Saiful.
Pada 27 Ogos, Ahli Parlimen Gerik Fathul Huzir Ayob mempersoalkan sama ada amalan kronisme memainkan peranan dalam keputusan Putrajaya menganugerahkan konsesi pengurusan Menara KL kepada LSH Service Master Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd dipimpin taikun Lim Keng Cheng
Beliau merujuk rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan Khairunnisa Fadillah, anak Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, disenaraikan sebagai ahli lembaga pengarah LSH Best Builders Sdn Bhd, sebuah lagi syarikat di bawah LSH yang dimiliki 70% oleh LSH Service Master Sdn Bhd.
Fathul turut mempersoalkan keputusan kerajaan menurunkan syarat pegangan ekuiti Bumiputera dalam operasi Menara Kuala Lumpur daripada 100% kepada 30%, sambil berkata ia bercanggah dengan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035.
"Perkara ini memberikan impak besar dan mengurangkan perniagaan Bumiputera terutama di kawasan strategik di Segitiga Emas Kuala Lumpur," tambahnya.
Pemegang konsesi sebelum ini, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), dan syarikat induknya Hydroshoppe Sdn Bhd terlibat dalam tindakan saman terhadap kerajaan Malaysia dan LSH Capital, dengan mendakwa ia masih pemegang konsensi pengurusan yang sah disebabkan Kementerian Komunikasi pada 2022 telah bersetuju melanjutkan konsesi tersebut sehingga 2039.
Saman itu juga berkisar kerugian lebih RM300 juta dalam bentuk liabiliti yang ditanggung Hydroshoppe selepas mengambil alih saham MKLSB daripada Telekom Malaysia pada 2022.
Meskipun menjadi isu mahkamah, pihak berkuasa pada tengah malam 16 April bertindak menghantar pegawai penguatkuasa termasuk polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk mengusir Hydroshoppe, sebaliknya membenarkan staf LSH Service Master memasuki Menara Kuala Lumpur, yang kemudiannya ditutup kepada semua pengunjung selama seminggu.
Hydroshoppe membidas campur tangan Putrajaya dalam pertikaian itu dan memulakan prosiding hina mahkamah terhadap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kerajaan Malaysia dan LSH, di mana rayuannya dijangka didengari esok.
Wan Saiful berkata SPRM boleh mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai pendedahan ahli Parlimen PN kerana ia merupakan sumber terbuka yang boleh diakses oleh umum.
"Kenapa tiada tindakan hingga hari ini? SPRM jangan mengambil sikap berdiam diri tanpa sebarang ulasan. Semua data ada dalam rekod SSM," katanya, sambil menambah isu konsesi Menara KL merupakan perkara berkepentingan umum yang menuntut perhatian serius Kabinet dan SPRM.

lihat jugak madafaka seorang eksekutif melayu yang dulu berpengalaman dalam gerombolan join nak tolong melayu hingga tersepak keluar,. apa hal melayu p.pg & melayu mesia sekarang?!😎😎😎 kah kah kah hai bani melayu jgn lupa hal red indian kat merika!!!
BalasPadammadafaka x gaduh atau komen sebab anak menteri bukan anak orang kecik kah kah kah eksekutif melayu from mckk bukan UMNO cuma ex UMNO .. anak melayu anak saya ,anak beranak parti saya!!
BalasPadam