Khamis, 11 September 2025

ANAK MUDA GEN Z BANGUN MELAWAN


Tentera ambil alih kuasa selepas kerajaan Nepal digulingkan


ANKARA: Tentera Nepal mengambil alih kuasa pada Selasa malam selepas dua hari protes yang mengorbankan 20 orang serta menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri KP Sharma Oli, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Portal berita SetoPati melaporkan tentera 'sedang beroperasi di seluruh negara'.

Askar dikerahkan untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman ketika penunjuk perasaan merosakkan harta benda awam serta membebaskan banduan.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat Jeneral Ashok Raj Sigdel, menggesa agar semua pihak bertenang dan mengadakan dialog bagi menyelesaikan krisis di negara Himalaya itu.

Semua lapangan terbang turut ditutup.

Presiden Ramchandra Paudel sedang bersiap memulakan proses membentuk kerajaan baharu selepas beliau menerima peletakan jawatan Oli.

Hampir 350 yang lain dilaporkan cedera.

Nepal menyaksikan beberapa peristiwa dramatik sejak Isnin selepas Oli melarang penggunaan media sosial, sambil menggesa syarikat multinasional itu membuka pejabat di negara berkenaan.

Tindakan itu mencetuskan protes besar-besaran di ibu negara Kathmandu apabila penunjuk perasaan menyerbu bangunan awam dan pejabat parti politik, termasuk memasuki bangunan Parlimen sebelum membakarnya.

Penunjuk perasaan turut membakar kediaman beberapa pemimpin utama termasuk Pejabat Presiden, ketika protes ganas berterusan walaupun kerajaan mengumumkan larangan terhadap media sosial ditarik balik.

TANDA BAIK

ANAK MUDA

BANGUN MELAWAN

AMIN

BERMULA

DI SRI LANGKA

KE BANGLADESH

KE INDONESIA

ANAK MUDA

BANGUN MELAWAN

AMIN

AMARAN KEPADA

POLITIKUS RASUAH

AMIN

AMARAN KEPADA

MENTERI & YB

 JAHAT  GANAS

LAGI  ZALIM

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan