Inkues kematian Zara Qairina: Tulisan tangan orang lain ditemui dalam sebuah buku milik arwah
KOTA KINABALU: Pemeriksa dokumen Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh, menemui tulisan tangan orang lain dalam sebuah buku milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang diperiksanya sebelum ini.
Ketika membacakan keterangan bertulisnya di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, Nurul Atiqah berkata tulisan tangan itu ditemui dalam buku bertanda 'W3' di beberapa muka surat.
"Tulisan tangan yang dipertikaikan pada 'W3' pada muka surat 2, 7 hingga 14, 25 hingga 37, 46, 58 hingga 64 dan 73 hingga 89 menunjukkan perbezaan yang signifikan yang mencukupi dalam ciri-ciri tulisan tangan daripada contoh tulisan tangan 'SA' (tulisan tangan Zara Qairina).
"Oleh itu, saya berpendapat tulisan tangan yang dipertikaikan ini tidak ditulis oleh penulis contoh (Zara Qairina).
"Tulisan tangan yang dipertikaikan pada 'W3' pada muka surat satu adalah campuran tulisan tangan penulis contoh (Zara Qairina) dan seorang yang lain," katanya.
Buku Diamonds mengandungi tulisan tangan dipertikaikan
Buku bertanda W3 itu, katanya ialah sebuah buku 'Diamonds' yang beliau nomborkan dari muka surat satu hingga 103, bertarikh antara 16 November 2024 dan 24 Mei 2025, mengandungi tulisan tangan yang dipertikaikan atau dipercayai milik arwah Zara Qairina.
Secara keseluruhan, Nurul Atiqah memeriksa sebanyak 15 helai kertas, empat buku nota dan dua buku teks yang mengandungi tulisan tangan bagi menentuksan sama ada tulisan terbabit milik arwah Zara Qairina atau bukan.
Sementara itu, beliau berkata semua dokumen lain yang diperiksanya hanya mengandungi tulisan arwah Zara Qairina sendiri berikutan pemeriksaan menunjukkan persamaan yang signifikan dengan contoh tulisannya.
Dokumen itu ialah helaian kertas bertanda Y1 hingga Y7 dan Y9 hingga Y15, selain dalam helaian kertas Y8 dan buku bertanda W1 dan W2.
"Tulisan tangan yang dipertikaikan pada 'Y1' hingga 'Y7' dan 'Y9' hingga 'Y15' menunjukkan persamaan yang signifikan yang mencukupi dalam ciri-ciri tulisan tangan dengan contoh tulisan tangan 'SA'. Oleh itu, saya berpendapat tulisan tangan yang dipertikaikan ini ditulis oleh penulis contoh (Zara Qairina).
Ditulis oleh penulis contoh
"Tulisan tangan yang dipertikaikan pada 'Y8' menunjukkan persamaan yang signifikan yang mencukupi dalam ciri-ciri tulisan tangan dengan contoh tulisan tangan 'SA'. Oleh itu, saya berpendapat tulisan tangan yang dipertikaikan ini ditulis oleh penulis contoh.
"Tulisan tangan yang dipertikaikan pada 'W1' dan 'W2' menunjukkan persamaan yang signifikan yang mencukupi dalam ciri-ciri tulisan tangan dengan contoh tulisan tangan 'SA'. Oleh itu, saya berpendapat tulisan tangan yang dipertikaikan ini ditulis oleh penulis contoh," katanya.
Setelah selesai dianalisis, katanya semua dokumen terbabit dimasukkan kembali ke dalam beg barang kes asal dan dimeterai kembali dengan label keselamatan 'JABATAN KIMIA MALAYSIA'.
Nurul Atiqah berkata, dokumen itu bersama tiga salinan laporan kimia kemudian diserahkan kepada polis pada jam 10.45 pagi, 2 September lalu.

kau pakai dapur kayu untuk masak ke? mana kau rembat kayu tu untuk masak? kah kah kah!
BalasPadamPelik juga orang kita sekarang, satu persatu pendedahan tetapi persoalannya adakah Zara diseksa dibuli ditolak dibunuh itu saja, siapakah bertanggungjawab siapa VIP siapa yang tolong tutup kes, siapa penyiasatan siapa tukang macai? Mudah tanya saja penyiasat kenapa tidak buat bedah siasat arahan siapa ikut aliran arahan kan senang ini pun kena ajar kah? Kah kah kah bertungkus lumus cuba seludup selindung fakta benar sebab itu rakyat tidak yakin dengan mana-mana pasukan sekarang semakin lama semakin teruk kualiti orang yang berkuasa amin kah kah kah
BalasPadam