Sabtu, 6 September 2025

BODOH PENYAKIT TIDAK BERKUMAN



Ibu tunggal dakwa dipukau, rugi lebih RM100,000 ditipu bomoh mistik

GAMBANG – Seorang tukang jahit kerugian lebih RM100,000 setelah diperdaya individu mendakwa sebagai bomoh perubatan mistik di Rompin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa yang berasal dari Chukai, Terengganu itu mengenali suspek menerusi aplikasi Omi pada 1 September lepas.

“Suspek mengatakan mangsa telah terkena buatan orang dan akan membantu merawatnya. Mangsa kemudian diminta suspek untuk menggenggam sebiji telur dan garam.

“Barang tersebut perlu diletakkan dalam bilik dan mangsa memberitahu seperti telah dipukau apabila dia menunjukkan barangan emasnya kepada suspek,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Sharif, pada 3 September, mangsa yang merupakan ibu tunggal telah menjual empat utas gelang tangan emasnya selepas diminta berbuat demikian oleh suspek dan memperoleh RM71,350.00.

Katanya, wanita berusia 51 tahun itu kemudian telah meletakkan wang berjumlah RM71,000 bersama seutas rantai emas seberat kira-kira 80 gram berhampiran longkang di bawah pokok di kawasan Felcra sekitar Kota Bahagia, Rompin setelah diarahkan suspek.

“Mangsa diberitahu suspek wang tersebut akan diterima semula dalam tempoh masa tiga hingga empat hari atau dua minggu kerana wang itu ghaib, namun mangsa perlu meneruskan rawatan tersebut.

“Mangsa juga diminta membuat rakaman video tidak senonoh dengan mana-mana lelaki serta menghantar video itu kepada suspek. Mangsa akur dan menyerahkan video terbabit, berserta gambarnya dalam keadaan tidak berpakaian pada jam 5.30 pagi pada 4 September,” katanya lagi.

Keesokan harinya, Sharif memberitahu, wanita itu telah pergi semula ke tempat barangan yang ditinggalkannya dan mendapati tidak menjumpai apa-apa barangan seperti yang diberitahu suspek.


Setelah merasa dirinya ditipu, beliau berkata mangsa terus ke Balai Polis Kota Bahagia, Rompin dan membuat laporan pada semalam. – 

WOIT

KAH KAH KAH

INI TAKDA

MISTIK APA

KAH KAH KAH

INI KES BODOH

LAGI BEBAL

AMIN

KALAU MISTIK

KENAPA PANDAI

BUAT LAPORAN

POLIS DAN TIDAK

BUAT LAPORAN 

PADA JIN

KAH KAH KAH

KHALAS


1 ulasan:

  1. Madafaka, bebal mcm pemimpin2 PN ko?

    Rasa Lu lebih minat nak tengok gambar Minah umur 51 tahun ni, kang!

    Madafakas yg duk main dgn anjing2 ngak jadi, lol.

    BalasPadam