Bila isytihar calon PM, semua senjata akan tumpu pada kita – Tuan Ibrahim
ALOR SETAR – Pas enggan mengumumkan calon Perdana Menteri lebih awal bagi mengelakkan individu yang dinamakan menjadi sasaran musuh politik dengan pelbagai serangan.
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagaimanapun serangan musuh itu tidak menghalang daripada Pas bangkit untuk memenangi pilihan raya hingga mampu menerajui negara.
“Insya-Allah kita mampu menerajui, cuma ingat dalam politik Malaysia, pengalaman lampau bila kita isytihar (calon), semua senjata akan tumpu pada kita,” katanya berucap ketika menggulung ucapan dasar Presiden Pas dalam Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-71, di sini, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, pengasas al-Arqam, Shaari Mohamad antara individu yang mengumumkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri keenam hingga rangkaian perniagaannya diserang.
“Ustaz Ashaari Mohamad pernah diisytiharkan bakal Perdana Menteri keenam, keluar tajuk besar dalam surat khabar, beliau ini al-Arqam, bukan parti politik, lepas itu dengan kicap dan sos dia diharamkan.
“GISB pula diharamkan walaupun tiada satu dakwaan pun terhadap tuduhan-tuduhan dia, tapi apa yang berlaku, bisnes dia sudah tutup semua, termasuk dalam negara, dipisahkan anak-anak, didakwa dengan pelbagai tuduhan,” katanya.
Selain itu, katanya, banyak pihak khususnya rakyat tidak sabar untuk Pas mengumumkan calon Perdana Menteri kerana mereka sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan negara sedia ada.
“Ramai orang dok tanya siapa bakal Perdana Menteri dan ramai beri harapan dok tanya, Pas siapa bakal Perdana Menteri.
“Kenapa rakyat beriya-iya tunjuk, minta nak tengok siapa bakal Perdana Menteri, kerana mereka sudah tak percaya pada menteri yang ada.
“Mursyidul Am kata, kita ada tiga lori (calon PM), sebenarnya kita tidak pernah kekurangan barisan kepimpinan,” dakwanya.
Katanya, walaupun Pas diserang dan diuji dengan pelbagai isu, namun parti Islam itu terus bangkit untuk memenangi pilihan raya dan menjadi Perdana Menteri akan datang.
“Sebenarnya kita Pas bukan kita nak bangga, kita bangkit daripada mehnah tribulasi dan tekanan.
“Yakinlah dengan kesabaran dan kekuatan yang kita ada, kita mampu Insya-Allah menerajui negara pada masa hadapan,” katanya lagi. –

Suruh dia bertanding la, kalau boleh menang aku sanggup jilat biji kelentit dia.
BalasPadamMuka TT Haramjadah. Hidup dengan anjing.
BalasPadamPromosi terbaharu? Adakah seluruh rakyat setuju? Kah kah kah ikut buku atau ikutan budaya? Nak bersihkan dari dalam? Kah kah kah
BalasPadam