Jumaat, 26 September 2025

DI KOREA ADA SAEKOR BIK MAMA




Perbicaraan kes rasuah isteri bekas Presiden Korea Selatan bermula

SEOUL: Kim Keon-hee, isteri kepada bekas Presiden Korea Selatan yang digulingkan, Yoon Suk-yeol, hadir di mahkamah pada 24 September pada permulaan perbicaraan rasuah.

Kes itu turut mengaitkan beberapa tokoh politik dan agama berprofil tinggi.

Keon-hee, yang berdepan pertuduhan termasuk rasuah dan manipulasi saham, tiba di Mahkamah Daerah Pusat Seoul dengan mengenakan sut hitam, penampilan awam pertamanya sejak ditahan pada Ogos lalu.

Dalam kenyataan ringkas di hadapan hakim, Keon-hee hanya mengesahkan maklumat peribadinya serta memohon kesnya dibicarakan oleh hakim tanpa juri.

Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi terhadap tuduhan yang dikenakan.


Pihak pendakwa raya menyenaraikan beberapa tuduhan terhadap Keon-hee, termasuk dakwaan memanipulasi saham.

Dia juga dituduh melanggar undang-undang pembiayaan politik dengan meminta seorang broker kuasa menjalankan tinjauan pendapat secara percuma, serta menerima rasuah daripada Gereja Penyatuan Korea Selatan.

"Kes ini membabitkan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan yang serius sehingga boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi negara," kata seorang pendakwa raya di mahkamah.

Peguam Keon-hee menafikan semua tuduhan itu.

"Pihak pendakwa gagal mendedahkan butiran bukti yang kononnya mereka peroleh. Anak guam kami tidak bersalah," kata salah seorang peguam bela.

Jika sabit kesalahan, Keon-hee boleh dikenakan hukuman denda atau penjara sehingga lima tahun.

Nama Keon-hee mula tercalar selepas sebuah video tersebar menunjukkan beliau menerima beg tangan Dior daripada seorang paderi, yang dirakam secara tersembunyi.

Skandal itu menjejas reputasi pentadbiran suaminya sehingga akhirnya tercetus pengisytiharan undang-undang tentera oleh Suk-yeol pada Disember lalu, yang membawa kepada penyingkirannya daripada jawatan presiden.

Suk-yeol kini sedang dibicarakan secara berasingan atas tuduhan pemberontakan dan masih ditahan sejak Julai.

Kes ini semakin mendapat perhatian selepas ketua Gereja Penyatuan, Han Hak-ja, dijatuhi hukuman penjara pada 23 September atas dakwaan mengarahkan pertubuhannya merasuah Keon-hee demi mendapat layanan politik istimewa.

Pendakwa raya mendakwa gereja itu memberikan Keon-hee dua beg Chanel, seutas kalung Graff, dan satu set hadiah ginseng Korea dengan nilai keseluruhan sekitar 80 juta won ($74,000).

Namun, peguam Keon-hee menolak dakwaan itu: "Bekas wanita pertama tidak pernah menerima mana-mana hadiah yang disebutkan".

Hak-ja pula menegaskan semua tuduhan tersebut adalah fitnah.

"Ini maklumat palsu yang direka untuk menjatuhkan kami," katanya.

Gereja Penyatuan diasaskan di Korea Selatan pada 1950-an oleh Moon Sun-myung yang mengisytiharkan dirinya sebagai 'utusan tuhan'.

Ia terkenal dengan upacara perkahwinan besar-besaran. Gereja itu telah lama dikritik kerana kaedah pengumpulan dana serta hubungannya dengan politik.

Baru-baru ini, ia sekali lagi menjadi tumpuan antarabangsa selepas terbabit dalam kontroversi politik di Jepun berikutan pembunuhan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe. - AGENSI




SAEKOR LAGI

BIK MAMA

DITEMUI DI KOREA

AMIN

BIK MAMA

KOREA KURUS

SEDIKIT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan