Sabtu, 6 September 2025

GANJA DAN SAKSOFON



Tokoh perniagaan Anutin Charnvirakul dipilih PM baharu Thailand


BANGKOK: Tokoh perniagaan konservatif dalam industri pembinaan, Anutin Charnvirakul, dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu selepas memenangi undian di Parlimen, hari ini.

Anutin yang juga pemimpin Parti Bhumjaithai, bakal menggantikan Paetongtarn Shinawatra yang dipecat daripada jawatan Perdana Menteri oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand pada 29 Ogos lalu.

Parti Pheu Thai yang ditunjangi keluarga Shinawatra telah sekian lama memainkan peranan utama dalam pentadbiran Thailand sehinggalah Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan itu.

Keputusan rasmi di Parlimen, hari ini, menunjukkan Anutin membolot sebanyak 311 undi daripada keseluruhan jumlah 492 Ahli Parlimen, sekali gus mencatat majoriti selesa.

Beliau menewaskan calon daripada Pheu Thai untuk jawatan itu, Chaikasem Nitisiri yang berkhidmat sebagai Menteri Kehakiman bawah pentadbiran sebelum ini.

"Parlimen meluluskan Anutin Charnvirakul untuk menjadi Perdana Menteri," kata Timbalan Speaker, Chalad Khamchuang.

Anutin, 58, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kesihatan.

Sokongan parti pembangkang, Parti Rakyat, memainkan peranan penting yang menyumbang kepada kemenangan Anutin dalam pengundian, hari ini.

Namun, Parti Rakyat menetapkan syarat utama, iaitu pilihan raya baharu perlu diadakan dalam tempoh empat bulan.

Anutin menyertai arena politik pada usia awal 30-an sebagai penasihat kepada Kementerian Hal Ehwal Luar.

Beliau yang turut dikenali dengan nama panggilan 'Noo' yang bermaksud 'tikus' dalam bahasa Thailand, menonjolkan dirinya sebagai individu berjiwa rakyat dan menggemari makanan jalanan Thailand walaupun kaya-raya.

Anutin juga memiliki latar belakang sebagai jurutera industri yang memperoleh latihan di New York, selain berkebolehan bermain alat muzik termasuk saksofon.


SEMUA TUNGGU

APA DASAR BARU

TERHADAP GANJA

JENG JENG JENG

ANUTIN JELAS

SOKONG GANJA

BUKAN JENAYAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan