Gempa bumi lemah melanda Sri Medan, Batu Pahat pula
BATU PAHAT – Gempa bumi lemah terbaharu direkodkan di Sri Medan, Parit Sulong, di sini, petang tadi menjadikannya gegaran kelapan sejak kejadian pertama di Segamat pada 24 Ogos lalu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web memaklumkan, gegaran lemah bermagnitud 2.9 itu berlaku kira-kira 10 kilometer dari barat daya Yong Peng.
Menurut MetMalaysia, gempa berkenaan berpusat pada koordinat 1.95 darjah utara, 102.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.
“MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan perkembangan gempa bumi tersebut,” menurut MetMalaysia.
Pada 24 Ogos, satu gegaran turut direkodkan di Yong Peng, 28 kilometer barat laut Kluang dengan magnitud 2.8.
Sementara itu, gegaran bermagnitud 3.0 berlaku di Semerah, Batu Pahat pada pukul 1.57 petang Ahad lalu, menurut mesej pemberitahuan Google.-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan