Selasa, 2 September 2025

INI KERJA LAMA JENERAL PRABOWO



20 hilang sejak protes besar-besaran tercetus di Indonesia


JAKARTA: Sekurang-kurangnya 20 individu dilaporkan hilang dalam siri protes besar-besaran yang melanda Indonesia sejak 25 Ogos lalu.

Protes itu tercetus susulan elaun mewah wakil rakyat dan kemarahan terhadap polis.

Menurut Suruhanjaya bagi Orang Hilang dan Mangsa Keganasan (KontraS), semua yang hilang itu dilaporkan di bandar Bandung, Depok serta bandar pentadbiran Jakarta Pusat, Jakarta Timur dan Jakarta Utara, dengan satu insiden berlaku di lokasi tidak diketahui."

"Sehingga 1 September, terdapat 23 laporan orang hilang. Selepas proses pencarian dan pengesahan, 20 orang masih belum ditemui," kata kumpulan itu melalui satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya enam terbunuh sejak protes meletus minggu lalu, diperhebatkan dengan penyebaran rakaman pembunuhan seorang pekerja e-hailing oleh unit polis separa tentera.


Bagaimanapun, polis belum memberi maklum balas terhadap permintaan komen AFP.

Polis Metropolitan Jakarta menahan 1,240 individu yang dipercayai terbabit dalam rusuhan yang berlangsung di sekitar bandar raya itu sejak 25 Ogos lalu.

Ketua Polis Metropolitan Jakarta, Inspektor Jeneral Asep Edi Suheri, berkata dalam tempoh itu, pihaknya sudah menahan 1,240 individu.

Semalam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa siasatan terhadap dakwaan penggunaan kekerasan yang tidak seimbang dalam protes.

"Kami mengikuti dengan dekat rentetan keganasan di Indonesia dalam konteks protes besar-besaran berhubung elaun parlimen, langkah penjimatan, serta dakwaan penggunaan kekerasan yang tidak perlu atau berlebihan oleh pasukan keselamatan," kata jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB, Ravina Shamdasani.

Pergolakan tercetus di bandar-bandar seluruh negara yang memaksa Presiden, Prabowo Subianto melakukan pusingan U terhadap faedah ahli parlimen.

Ia adalah protes terburuk sejak bekas jeneral itu mengambil alih kuasa 10 bulan lalu. - AFP


WOIT

INI MAKIN BERAT

6 TELAH MATI

AMIN

KINI 20 HILANG

KEMANA ILANG?

AMIN

INI DULU KERJA

JENERAL PRABOWO

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan