Isnin, 8 September 2025

INI WATAK ZIONIS TEMPATAN


BDS Malaysia Anggap Tindakan Halang Penyokong Palestin, Melampau


KUALA LUMPUR, 7 Sep 25 – Gerakan Boikot, Divestasi dan Sekatan (BDS) Malaysia mengecam tindakan pengurusan Suria KLCC yang didakwa menghalang kemasukan penyokong Palestin ke dalam pusat beli-belah tersebut semalam.

Menurut BDS Malaysia, tindakan itu dianggap keterlaluan kerana hanya disebabkan peserta memakai pakaian atau membawa simbol sokongan terhadap perjuangan Palestin.

“Melarang kemasukan penyokong Palestin ke premis awam adalah diskriminasi yang tidak sepatutnya berlaku di Malaysia, sebuah negara yang secara konsisten menyokong hak rakyat Palestin,” kata pertubuhan itu dalam kenyataan.

BDS Malaysia turut menegaskan sokongan terhadap Palestin bukanlah isu politik semata-mata, sebaliknya melibatkan soal kemanusiaan sejagat.

Sehubungan itu, pertubuhan tersebut menggesa pengurusan Suria KLCC menjelaskan alasan di sebalik tindakan tersebut, selain memohon maaf kepada mereka yang terkesan.

Katanya, rakyat Malaysia berhak menzahirkan solidariti terhadap Palestin secara aman tanpa diganggu, selaras dengan pendirian kerajaan yang menyokong pembebasan Palestin daripada penjajahan.

Terdahulu, sekumpulan 23 NGO berkumpul dan menggesa kerajaan untuk membatalkan lawatan Preside Trump dengan menegaskan peranan Amerika Syarikat dalam genosid Israel terhadap Palestin bercanggah dengan pendirian moral Malaysia berhubung “malapetaka kemanusiaan” di Gaza.

Merujuk sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan pertelingkahan antara anggota keselamatan dengan aktivis Tian Chua, pihak pengurusan beli belah itu menjelaskan anggota keselamatan mereka bertindak “selaras dengan prosedur keselamatan”. @politiko.my

INI WATAK

ZIONIS TEMPATAN

AMIN

DULU JUAL

39 LAPANGAN

TERBANG KITA 

PADA BLACKROCK

AMIN

JEMPUT TRUMP

LAWAT MALAYSIA

AMIN

SEMUA INI

PROJEK ZIONIS

KHALAS

1 ulasan:

  1. kalau batang kayu tak boleh ... nanti tukar batang PVC.. kah kah kah

    BalasPadam