Rabu, 3 September 2025

KES PENCURI KENA CURI



Barang ratusan ribu ringgit hilang lepas serbuan, anggota polis IPD Kajang ditahan


SHAH ALAM – Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang terlibat dalam serbuan di sebuah premis inap desa, Kajang baru-baru ini, ditahan bagi membantu siasatan.

Ia susulan laporan yang dibuat seorang penyewa inap desa berkenaan yang mendakwa kehilangan barangan bernilai ratusan ribu ringgit selepas satu serbuan dilakukan di banglo tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Tambahnya, pemilik premis juga sudah dipanggil untuk membantu siasatan.

“Dalam laporan mereka, anggaran kerugian sekitar RM300,000 yang melibatkan barang-barang berharga serta sedikit wang tunai. Mangsa membuat laporan sejurus selepas operasi dijalankan pada 29 Ogos.

“Premis tersebut merupakan sebuah banglo tiga tingkat yang dijadikan inap desa dengan konsep sewaan bilik. Mangsa adalah salah seorang penyewa di situ,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Dalam masa yang sama, Shazeli turut menasihatkan pemilik kediaman yang menyewakan rumah atau bilik khususnya kepada warga asing supaya lebih berhati-hati dan membuat semakan latar belakang penyewa terlebih dahulu.

Ini bagi memastikan rumh tersebut tidak dijadikan tempat melakukan jenayah kerana pemilik juga perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku aktiviti terlarang di premis berkenaan.



WOIT

SAPA PENCURI

SIAPA MENCURI

KAH KAH KAH

KALAU BERCUTI

PASAI APA

BANYAK SANGAT

HARTA DALAM

BILIK SEWA

JENG JENG JENG

NIAGA APA?

SELUDUP APA?

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan