Ahad, 7 September 2025

KEYAKINAN RAKYAT SUSAH NAK DI KEMBALIKAN


AG: Tiada keperluan lindungi saksi inkues Zara buat masa ini

Jabatan Peguam Negara akan mempertimbang secara menyeluruh sekiranya terdapat keperluan melindungi saksi sepanjang prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar berkata, setakat ini dia tidak nampak keperluan berbuat demikian.

"Untuk aspek perlindungan saksi, kita akan melihat dan pertimbang secara menyeluruh jika wujud keadaan yang membolehkan tindakan melindungi saksi diambil, kita akan lakukan.

"Namun buat masa ini saya belum nampak lagi keperluan itu. Namun jika ada keadaan yang memerlukan dan wajar dilakukan, kita akan buat," katanya seperti dilapor Harian Metro.

Terdahulu, pakar patologi forensik Hospital Queen Elizabeth, Dr Jessie Hiu dilaporkan menerima ancaman netizen susulan keterangannya dalam prosiding inkues sejak 3 September lalu.

Dr Jessie menolak kemungkinan Zara Qairina ditolak atau diserang hingga jatuh dari tingkat tiga asramanya, berdasarkan pemeriksaan di lokasi.

Keterangan Hiu itu menerima kecaman di media sosial, dengan segelintir netizen mempersoalkan kredibilitinya serta menghamburkan kata-kata kesat terhadapnya.

ADS

Semalam, Dusuki dilaporkan berkata pihaknya sedang meneliti kandungan yang dimuat naik di media sosial berhubung kematian Zara.

Zara, seorang pelajar sekolah agama di Papar, ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth keesokannya.

Kes ini dipercayai berkaitan dengan perbuatan buli yang berlarutan selama beberapa bulan, dengan lima remaja telah didakwa atas tuduhan membuli mangsa.

Kematian pelajar tingkatan 1 itu mencetuskan gelombbang kemarahan rakyat Malaysia yang menuntut siasatan menyeluruh diadakan.

Inkues yang sedang berlangsung merupakan prosiding mahkamah berasingan bagi menentukan keadaan sebenar di sebalik kematian Zara.

SELAMA INI

RAKYAT DI BULI

OLEH KERAJAAN

MAKA RAKYAT

DAH BENCI 

PADA MADANI

AMIN

KEYAKINAN RAKYAT

PADA MADANI

JADI SIFAR

KAH KAH KAH

JAWABNYA HANYA

GANTI KERAJAAN

KHALAS

1 ulasan:

  1. gua sokong brickfield patut dijadikan kilang proses najis babi. brickfield sekarang pun dah bau taik babi. kah kah kah!

    BalasPadam