Isnin, 8 September 2025

MINYAK RON95 TURUN 1 RINGGIT ?



Kerajaan pada peringkat akhir muktamad kriteria kelayakan subsidi RON95

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini pada peringkat akhir untuk memuktamadkan kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama pihak berkepentingan, kata Menteri Kewangan II  Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dirangka dengan teliti bagi memastikan majoriti rakyat yang layak tidak terjejas.

“Kerajaan turut bekerjasama dengan syarikat stesen minyak untuk memastikan sistem bayaran menggunakan MyKad dapat digunakan ketika membuat pengisian bahan api sebaik sahaja (penyasaran) subsidi RON95 dilaksanakan akhir bulan ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Rose Suryati Alang mengenai pendekatan terkini yang diambil bagi subsidi minyak dan kelancaran pelaksanaannya.

Amir Hamzah, yang turut menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkata, kerajaan akan menggunakan sistem PADU untuk menentukan kelayakan agar hanya mereka yang benar-benar layak menerima manfaat subsidi.

“Kita akan umumkan dan laksanakan pada akhir bulan ini dengan jaminan bahawa rakyat yang layak akan menerima subsidi seperti sepatutnya,” katanya. – BERNAMA


WOW

SATU MALAYSIA

TUNGGU RON95

TURUN HARGA

JENG JENG JENG

KALAU TURUN 1RM

PASTI HEBAT

KAH KAH KAH

KALAU TURUN

LIMA ENAM SEN

BAIK TAK PAYAH

KAH KAH AH

KHALAS

1 ulasan:

  1. kita tak dapat subsidi, kita geledah rumah amir hamzah! kah kah kah!

    BalasPadam