'Kerajaan tidak halang tapi mahu protes isu apa?', soal PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengadakan protes sekiranya ia dilakukan secara sah tanpa membabitkan keganasan, ugutan dan fitnah, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, rakyat bebas menyuarakan pendapat dan membuat protes tetapi tindakan melampau seperti membakar rumah pemimpin atau menyebarkan fitnah tidak boleh diterima.
"Kita tidak (akan) menghalang, tapi mahu protes isu apa? Sedangkan sekarang elaun menteri dipotong, gaji menteri tidak ambil, minyak turun, peruntukan kepada rakyat bertambah dan lain-lain sudah diumumkan dan kita boleh pertimbangkan dalam belanjawan.
"Tetapi untuk memperoleh semua itu... negara kena aman, kerja kena kuat dan ekonomi kena berkembang," katanya.

Apasal ada muka yoda? Dia kan dah mampos dalam siri star wars...kakakaaka
BalasPadam