Ahad, 21 September 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI NI

AHAD 21 SEPTEMBER 2021

TOLAK TRUMP


TRUMP NAK DATANG KE KL
Di lapor bahawa Maharaja Trump nak  mencemar dulu  di  KL.   Nak bersama ke  persidangan  ASEAN. Madafaka yang jemput. Bagus sekali. Gua sebagai penyokong Trump mengalu-alukan Trump datang kerana beri pelung untuk hasut orang ramai TURUN KE JALAN RAYA.

Sesudah 26 Julai DEMO TURUN ANWAR -  kita perlu beberapa lagi  POLITIK JALAN RAYA – untuk gua TAK TURUN JALAN RAYA TAK MENANG PILIHAN RAYA.

TRUMP wajib di sambut dan di rayakan. Ini peluang yang baik untuk kita gunakan untuk beri kesedaran berpada orang ramai sapa Trump – pembunuh Gaza – pemegang saham besar  dalam  syarikat pembekal senjata pada  IsraelBLACKROCK.

AMERIKA
Trump kenakan bayaran 100,000 dolar untuk  dapat visa H-1B – Ini visa  kerja profesional di Amerika.
Dasar ini untuk kurangkan pekerja import.

UK
Hari ini Ahad – PM UK akan umum pengiktirafan negara Palestin.

Demo besar menolak pendatang haram. Polis bertempur dengan para demonstran.

RUSIA
Di Moscow diadakan Pertandingan  Menyanyi. Dua puluh negara masuk, Ini di buat oleh Rusia kerana Rusia dilarang masuk ke Eurovision  Song Contest.  Tahun ini yang menang penyanyi dari Vietnam.

NEW YORK
Minggu depan Persidangan PBB  di New York. Agenda Palestin jadi utama.

AMERIKA
Kini Vaksin untuk Covid19 tidak lagi di paksa kepada warga Amerika. Ini kerana telah di buktikan Vaksin ini projek  tipu untuk buat duit dan projek kurangkan warga dunia.

Pagi ini kelam. Matahari tak kelihatan . KL & KL Sentral hampir hilang di selimut kabus. Kemarin renyai-renyai.

Tapi Tekukur bersuara di atas bukit kiri – bukit kanan dan gaung dalam – Suara Tekukur di pangkah oleh Laungan  Keng Keng  - terbang sambil melaung.

Gua naik ke Wakaf –  hanya ada  saekor Emak – gua tabur nasi.

Gua berjalan  ke bawah – dan gua bersuara Puci Puci Puci – dengan serta merta dari belakang batu nisan dua Puppy datang berlari. Mereka dah kenal suara gua. Gua beri nasi yang gua masak dengan campur Abu Daging.

Abu Daging ialah  serbuk tulang dan daging yang gua beli di kedai penjual daging kambing di Brickfeilds.

Pagi ini gua gumbira melihat dua Puppy ini makan. Tak Tak dan Ezi melihat dari jauh.

Ketika makan satu kereta melintas . Satu Puppy lari  takut dengan bunyi kereta – ini maknanya mereka tahu bahaya kereta – walau pun mereka bukan makan di tepi jalan tapi di atas makam. Bunyi kereta menakutkan. Ini maknanya  Puppy Putih telah mati kena langgar kereta. Ingatan ini masih tersimpan. Amin.

Jap lagi gua nak ke Chow Kit – wajib beli beras lagi. Puppy di Hokkien perlu makan nasi untuk jadi gemuk dan segar.

Gua yakin hari akan panas. Matahari akan bersinar dan jika hujan petang malam jadi sejuk santai,

BRO
SENYUM
SENYUM LAH
DI PAGI AHAD

BRO
Lu jangan takut  untuk salah ketika belajar. Siti Salah dan Abdul Silap  ialah cik gu kita

BRO
Setiap hari ada masa baru untuk belajar perkara baru.

BRO
Ilmu pengetahuan tidak ada batas. Tiap hari ada perkara baru untuk di pelajari.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan