Sabtu, 27 September 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SABTU 27 SEPTEMBER 2025

PBB NEW YORK


UNGA 2025
Kali ini persidangan PBB membincangkan Palestin. Semakin banyak negara mengiktiraf Palestin. Tapi Zionis Israel masih  kuat kerana di belakang Israel ialah Amerika. Selagi Amerika wujud – selagi itulah Israel akan wujud.

Bila Amerika runtuh China Merah akan  naik. Lihat dan perhatikan apakah Israel sedang nak berbaik molek dengan China Merah.

Kali ini DI PBB bila Setanyahu berucap ramai  meninggalkan  Dewan Sidang – ini pertanda baik. Tapi tidak membawa apa-apa perubahan hakiki pada Palestin. Gaza hancur dan Tebing Barat akan terus di telan Israel.

Pak Arab garu telor.

Wajib di akui bahawa Yahudi Zionis ini bukan saja merancang tapi mereka memiliki dana. Dengan dana Zionis membeli kuasa politik.

Dengan dana Zionis bekerja sama dengan kumpulan Kristian Zionis di Amerika.  Yahudi Zionis dan Kristian Zionis ialah kekuatan Israel. Dua kelompok ini mengawal sapa jadi Presiden Amerika. Semua Presiden Amerika dah masuk dalam saku Zionis. Amin

DEMO DEMO DEMO
Pada Sabtu 4 Oktober 2025 jam 2 petang  orang ramai akan berhimpun. Tujuan ialah membantah undang undang baru – RAMPAS TANAHURA.

BERHIMPIN DI SOGO – di Masjid Kampung Baru – di Dataran Merdeka dan di KLCC – akhiran ialah di KLCC – Turun Turun Turun kita tibai Madafaka. Amin

PBB NEW YORK
Bila Setanyahu  mula nak bercakap – ramai wakil negara Selatan meninggalkan Dewan PBB.

AMERIKA
Trump berkata lepas James  Comey berkas Pengarah FBI di dakwa  - banyak lagi musuh politik Trump akan juga di dakwa.

ISRAEL
Setanyahu berjanji  akan  meneruskan Projek tawan Gaza.   Israel masuk ke dalam pusat kota Gaza untuk mencari gerila Hamas. NGO – Doktor Tanpa Sempadan – tarik diri dari Gaza kerana keadaan  amat bahaya .

INDIA
Kawasan setinggan paling besar di Asia – di Mumbai akan di robohkan.

KOREA
Korea Utara masuk ke perairan Korea Selatan.  Peluru amaran di tembak oleh  Korea Selatan.

KOREA. SELATAN
Mengikut intel Korea Selatan Peluru Berpandu Jarak Jauh Korea Utara   hampir siap.

HOKKIEN
Pagi ini kering segar,  matahari tidak kelihatan. Langit biru pucat. KL & KL Sental berkabus nipis.

Agak sunyi pagi ini. Di langit gua nampak satu kumpulan Gagak terbang menuju ke Kwantung – mungkin ada mesyuarat keluarga. Dalam sawah rumput Tekukur bersuara.

Pagi ini gua baru nak sampai ke Pokok Ara  Puppy Kuning dua ekor dah datang  berkejar. Mereka macam faham rentak tapak kaki gua.

Gua beri nasi – Emak dan Abah juga datang – pagi ini kenduri satu keluarga. Lepas makan saekor Puppy nak bermain dengan Tak Tak tapi Tak Tak tidak layan.  Ezi juga tak mahu layan. Tapi gua rasa makin lama Puppy ini makin mesra.

Tapi masih belum boleh usik kepala atau badan.

Jap lagi gua nak ke Chow Kit – nak cari buah – tak tahu apa yang ada.

Ha ha – malam ini gua  di ajak dan di beri tiket untuk tengok bola  di Stadium Negara – Singapura lawan Selangor -Gua  bukan peminat bola – penah dulu masa gua  kerja BBC – gua dapat tiket FA Final ke Wembley Stadium  – gua tak pergi -  adik gua yang pergi.

Hari ini akan panas – gua rasa. Malam ini juga akan panas – Tak ganggu gua di Stadium Negara. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
PAGI SABTU

BRO
Lu sosok baik - jika lu nampak tidak adil berlaku  lu pasti akan bersuara.

BRO
Lu manusia baik - jika lu merasa simpati dan sedih bila  melihat orang lain dalam kesusahan.

BRO
Lu sosok baik – selalu sedia duit 1 ringgit dalam saku – bersedia untuk beri sedekah – pada Orang Buta yang jual tisu. AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan