PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 11 SEPTEMBER 2025
ANAK MUDA COOL
FESYEN ANAK MUDA
KAH KAH KAH – Cool – amat Cool - INI cool – fesyen ini – trend ini - gaya ini sedang merebak. Mari kita sesama rayakan. Jangan ketinggalan – jangan lari dari trend yang cool - jangan jadi poyo – Jangan jadi Minah dan Mamat Poyo.
TREND APA INI?
Mula mula fesyen ini bermula di Sri Langka. Rakyat turun ke jalan – lawan RASUAH – lawan kerajaan yang salah guna kuasa – Para Menteri jadi kaya raya – rakyat miskin papa kedana – Anak Muda Mahasiswa menyusun.
KELUAR KE JALAN RAYA – jeng jeng jeng – demo demo demo Terbaik - kemudian anak muda mengamuk bila menteri mula dulak dalik – tipu putar belit – spin dengan berita PELABURAN MASUK kah kah kah. Anak Muda marah RUMAH PRESIDEN RUMAH PERDANA MENTERI digeledah.
Akhirnya rumah PERASUAH di BAKAR – kah kah kah KHALAS HANGUS. Politikus cabut lari.. Perdana Menteri Sri Langka lari ke Singapura.
FESYEN ini disambut pula oleh siswa dan pelajar BANGLADESH. Perdana Menteri RASUAH – Menteri dan YB korup. DEMO DEMO DEMO – semua turun ke jalan – jeng jeng jeng.
Perdana Menteri mengganas – ramai Anak Muda ditembak mati oleh soldadu. Kemarahan meluap- luap – lalu RUMAH PERDANA MENTERI di geledah dan di BAKAR – Amin.
Perdana Menteri Bangladesh lari ke India.
Fesyen cool dari Sri Langka dan dari Bangladesh berkembang KE INDONESIA. Presiden RASUAH. Menteri dan para YB RASUAH. Mereka memiliki bermulut longkang.
Anak Muda Mahasiswa turun ke Jalanraya. Mahu PRESIDEN TURUN . Presiden jadi ganas. Siswa terus bangun berdemo. Soldadu tembak mati anak muda. Marah meluap - Bangunan DEWAN RAKYAT DI BAKAR – RUMAH MENTERI MULUT LONGKANG DI GELEDAH DAN DI BAKAR – kah kah kah – Cool memang cool.
Menteri Mulut Longkang lari ke Singapura.
FESHEN BEKEMBANG KE NEPAL – sama juga seperti di Indonesia – Perdana Menteri Rasuah – nak tutup semua media sosial yang di lihat mengancam kuasa.
Mahasiswa anak muda bangun berdemo – demo demo demo. Perdana Menteri jadi ganas. Soldadu tembak pendemo. Kemarahan meluap. RUMAH PERDANA MENTERI DI GELEDAH DAN DI BAKAR.
Perdana Menteri lari ke India. Amin
Inilah fesyen yang TER NOWW TER HOOT TERKINI yang di lihat cool oleh anak- anak muda di Asia.
INI FESYEN ANAK MUDA TER NOWW TER HOTT
MALAYSIA
Gaji PM berapa ? Gaji Menteri berapa ? Gaji YB berapa ? Rumah mereka berapa buah -– berapa besar ? BERAPA HARGA – apakah dengan gaji boleh buat rumah bernilai berjuta-juta ? Jeng jeng jeng – Jangan buka MULUT LONGKANG - nanti anak muda dan orang kampung marah.
AMERIKA
Charlie Kirk : Seorang aktivis penyokong kuat Trump di tembak mati ketika memberi ucapan. Trump arah Amerika berkabung 3 hari. FBI sedang mencari penembak.
INDONESIA
Hujan lebat di Nusa Tenggara dn Bali. Banjir besar 15 orang hilang nyawa dan 10 tenggelam hanyut.
PAKISTAN
Hujan Monsun bawa banjir. Kini 1.6 juta warga Pakisatn menghadapi bahaya banjir besar.
SIAM
Bangkok - Penjaga zoo maut di terkam oleh singa. Babak ini di lihat oleh ramai pelawat zoo.
NEPAL
Tentera ambil alih kerajaan. Perdana Menteri letak jawatan dan lari.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk cerah segar basah. Matahari belum keluar langit berawan biru pucat dengan awan putih. KL & KL Sentral berkabus - kemarin petang hujan - malam juga hujan sampai bawa sejuk pagi.
Di Pintu masuk murai berkicau – Wow kuat sekali – bawa gumbira untuk gua. Suara Tekukur tak dengar pagi ini. Tapi bunyi mesin rumput gua dengar.
Di kawasan hutan pagar ada suara burung baru HOOK HOOK HOOK – burung apa ini?
Gua naik tangga depan pokok Ara menuju ke Wakaf – ha ha ada anak anjing – kemudian mereka lari. Gua tabur Friskies – emak datang dan anak anak ikut sama – pagi ini tak ramai di Wakaf hanya 3 ekor.
Di jalan gua jumpa satu lagi emak dengan 3 anak – gua tabur Friskies – wow emak dengan berani datang merapati gua – bila emak berani 3 anak ikut sama – Mereka menikmati sarapan pagi - Tak Tak dan Ezi tak ganggu.
Gua gumbira pagi ini – hari ke tiga – Emak dan Anak dah berani mendekati gua. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI KHAMIS
BRO
Kita belajar dari semalam – untuk hari ini – dengan harapan untuk esok.
BRO
Yang dah lepas jangan lu sesali – lu belajar darinya.
BRO
Hidup ini ialah mengumpulkan pengalaman.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan