PAGI INI
PAGI INI
RABU 24 SEPTEMBER 2025
PERANG
UKRAINE
Beberapa hari ini Poland sekutu NATO telah menaikkan suhu perang di Eropah. Poland tuduh drone Rusia masuk ke ruang angkasa Poland. Negara NATO jadi tegang – ini kerana FASAL 5 dalam perjanjian NATO: jika ada negara NATO diserang AHLI YANG LAIN WAJIB datang bantu. Jeng jeng jeng.
POLAND sengaja nak naik kan suku perang. Dari laporan INTEL di kata puluhan ratus SOLDAU POLAND telah gugur dalam Perang Ukraine. Mereka masuk perang pakai uniform Ukraine.
RUSIA memerhatikan kelakuan Poland. Putin sentiasa bersedia. Tapi hakikatnya SUHU PERANG sedang naik mencanak di Eropah.
Jika TERSILAP – jika Trump TERSILAP – jika ada pemimpin Eropah tersilap – PERANG EROPAH akan pecah. Amin.
TEATER DI NEW YORK
PBB kini bincang hal PALESTIN. Untuk gua semua ini hanya teater. Pembunuhan tidak di sebut – genosid tidak di hentikan . Ini nak alih cerita Zionis Israel yang nak meluaskan wilayah. Amin
AMERIKA
Trump kata Ukraine akan dapat kembali semua wilayah yang kini dalam tangan Rusia. Ini lawak bodoh dari Presiden Amerika.
TAIWAN
Ribut taufah RAGASA sedang melanggar Taiwan. Angin deras 200 batu sejam sedang bertiub. 14 telah tewas.
GAZA
Flotila NGO yang membawa bantuan untuk Gaza diserang. Kedengaran ledakan . Drone berlegar.
DENMARK
PM Denmark marah. Dia beri amaran keras bila dilaporkan ada drone Rusia masuk ke Lapangan Terbang Denmark
AMERIKA
Presiden Macron berjalan kaki 30 minit di New York – kereta tak dapat melintas kerana Maharaja Trump nak lalu pulang dari PBB – kah kah kah
NEW YORK PBB
151 negara iktiraf Palestin dari 193 negara
ahli Bangsa Bangsa Bersatu.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar – matahari dah keluar tapi cahaya lemah. KL & KL Sentral berkabus tebal - renyai petang kemarin. Langit tidak indah – biru pucat.
Wakaf kosong. Tertiba Puppy datang berkejar -dah tahu makanan sampai. Emak Abah juga datang sama – kenduri atas makam tepi jalan.
Dalam Wakaf tempat gua bersenam gua dengar suara Gagak – saekor Gagak sedang mendayu-dayu dari arah Kwantung. Tapi suara ini pangkah oleh siulan Murai.
Hari ini akan panas. Jika petang hujan malam sejuk. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI RABU
BRO
Kadang -kadang janji ialah alat penenang, Politikus guna janji untuk beli undi
BRO
Kepercayaan akan didapati dari janji yang di tepati.
BRO
Orang bijak akan menepati janji. Sosok paling bijak akan berhati hati sebelum membuat janji
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan