PAGI INI
PAGI INI
6 SEPTEMBER 2025
PERANG
INKUES DITERUSKAN
Kes arwah Zara sedang berjalan. Warga Net masih sibuk beri pandangan. Masih ramai tak puas hati dengan Pakar Patologi. Dilihat dan di baca sang Pakar ini cakap lek lok. Ini menjadikan Warga Net tidak puas hati.
Apa pun kita wajib menunggu dan menanti apa rumusan mahkamah. Kerana ramai lagi akan di panggil untuk beri keterangan.
Tapi yang amat jelas ialah kebencian rakyat kepada kerajaan. Gua sebagai Tukang Hasut cukup gumbira dengan fakta ini. Amin.
MENTERI MINAH SEMBAB FUZIAH
Kita wajib terus tibai dan gasak Minah Sembab ini. Jadikan dia Menteri yang di benci macam rakyat telah berjaya menjadikan Fadhlina ikon jahat lagi bodoh.
Kes BODOH 100 ringgit boleh tahan satu bulan adalah kenyataan Minah Sembab yang wajib dijadikan peluru untuk hasut rakyat benci Madanon. Kah kah kah.
PERANG BERSEDIA UNTUK PERANG
Presiden Trump telah mengubah nama Jabatan Pertahanan Amerika untuk menjadi Jabatan Perang Amerika. Ini amat baik lagi terpuji. Amerika akan bergasak dengan musuh-musuh seperti China Merah – Iran – Rusia – Korea Utara – di alu-alukan.
Perang ini baik. Perang dunia ke dua mengalih kedudukan dunia. Ramai negara yang di jajah merdeka. Kali ini jika perang sampai kita pula berpeluang untuk RESET negara kita.
TAPi jika senjata nuklear di guna – maka lebih baik kita mati. Siapa yang selamat dalam perang Dunia Ke Tiga selepas nuklear meledak akan merana hidup. Amin.
AMERIKA
Trump hantar 10 buah jet pejuang F35 ke Puerto Rico. Ini wilayah laut Carribbean. Intimidasi untuk Venezuela.
RUSIA
Putin beri amaran – jika soldadu dari Eropah masuk ke Ukraine mereka akan menjadi sasaran yang halal.
SIAM
Perdana Menteri baru Anutin di lantik. Sosok ini Orang Kaya. Apa yang baik dengan PM bari ini ialah dia pro ganja.
UK
Timbalan PM letak jawatan satelah gagal bayar cukai.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar – sedikit basah. Kemarin hujan lari. Matahari dah keluar. Cahaya bersinar tapi hilang timbul kerana di wilayah Sungai Besi awan mendung – di wilayah Shah Alam cerah biru. KL & KL Sentral cerah.
Suara Tekukur dari atas bukit. Yang lain pagi ini gua tak dengar.
Pagi ini gua ada bawa makanan untuk anak anjing. Ha ha LIMA EKOR mereka. Dua ekor warna hitam dan tiga berbulu macam Tak Tak. WOW !!! – emak dan bapak mereka tak ada mungkin cari makan. Gua hampiri tapi mereka menjauhkan diri. Gua nak berbaik-baik dengan mereka.
Malam tadi gua ke NSK Kucai lama – ada sayur di NSK ini murah – Juga di NSK ada daging itik dan Salmon. Blueberry juga murah. Makanan untuk anjing dan kucing juga murah. Sardin untuk Ezi dan Tak Tak lagi murah.
Wow – bila nak keluar membayar – gua terperanjat – beratur panjang. Gua rasa gua silap hari – kerana cuti am. Tapi gua nampak ada kaunter bayar tak ada orang – Ha ha ha rupa-rupa kaunter beratur panjang ialah KAUNTER RAHMAH – duit 100 ringgit dari kerajaan sedang bertukar tangan.
Jap lagi gua nak ke Chow Kit – nak lihat buah apa yang murah. Tapi pasar Chow Kit tidak ada Kounter Rahmah. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
HARI SABTU
BRO
Cinta membuat lu jadi seniman. Lu akan bijak mengarang sajak.
BRO
Cinta menjadikan lu berani. Lu berani buka seluar dalam depan orang yang lu tak kenal.
BRO
Cinta akhir adalah perjuangan diatas katil. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan