Selasa, 23 September 2025

RAKYAT BENCI MADANI




PN Perlu Kepimpinan Lebih Segar Hadapi PRU – Ahmad Ishak

KUALA LUMPUR, 22 Sep 25 – Perikatan Nasional (PN) disaran menampilkan strategi dan pendekatan baharu bagi memperkukuh kedudukan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Ketua Bahagian Bersatu Gopeng, Ahmad Ishak.

Beliau berkata, perubahan landskap politik, termasuk peningkatan jumlah pengundi muda serta isu-isu semasa seperti kos sara hidup dan kedudukan ekonomi negara, menuntut PN menyesuaikan naratif politiknya dengan kehendak rakyat.

“Politik adalah soal meyakinkan rakyat untuk memberi mandat. Dalam suasana sekarang, pengundi semakin pelbagai dan kritikal.

Maka, PN perlu menawarkan sesuatu yang lebih segar dan relevan. Kita perlu memahami apa yang rakyat mahu, terutama golongan muda dan wanita yang kini menjadi kelompok besar dalam demografi pengundi,” katanya kepada politiko.

Menurut Ahmad, kejayaan PN tidak seharusnya hanya bergantung kepada satu tokoh, sebaliknya terletak pada kekuatan gabungan itu secara keseluruhan.

“Untuk membina keyakinan rakyat, PN mesti dilihat sebagai sebuah jenama yang kuat. Perdana menteri boleh datang daripada mana-mana parti dalam gabungan, bukan semestinya presiden parti.

Yang penting ialah rakyat percaya kepada PN sebagai gabungan yang mampu membawa kestabilan dan hala tuju baharu,” jelasnya.

Beliau turut menekankan perlunya PN keluar daripada gaya lama yang terlalu bergantung kepada “poster boy”, sebaliknya memberi tumpuan kepada pasukan kepimpinan yang lebih menyeluruh. Katanya, pendekatan baharu ini boleh meningkatkan keyakinan rakyat terhadap PN sebagai pilihan alternatif.

“Kalau kita lihat beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini, keputusan banyak dipengaruhi oleh persepsi pengundi terhadap tawaran dan pendekatan parti, bukannya hanya bergantung kepada populariti individu. Maka, strategi lama tidak boleh lagi dijadikan sandaran,” tambahnya.

Ahmad berkata, dengan memperkukuh strategi serta menampilkan kepimpinan yang lebih segar, PN berpeluang meningkatkan sokongan menjelang PRU akan datang.

Kenyataan Ahmad ini hadir ketika Bersatu sedang berdepan dilema kepimpinan yang mana situasi ini memperlihatkan keperluan PN untuk merangka pendekatan lebih inklusif, dengan menekankan kekuatan gabungan secara kolektif berbanding terlalu bergantung kepada individu tertentu. @politiko.my



DATAN & FAKTA

MENNUNJUK

RAKYAT DAH BENCI

KERAJAAN MADANI

AMIN

TAPI PEMIMPIN PN

MASIH MANAI

AMIN

TAK SUSUN RAKYAT

KE JALAN RAYA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan