Khamis, 4 September 2025

SELAMAT BERSARA GORAN



Goran anjing K9 PDRM pertama diserah kepada individu selepas bersara

SUNGAI PETANI: "Dua tiga hari ini dia nampak murung dan kurang selera makan, seolah-oleh tahu kami akan berpisah."

Anggota Unit K9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Koperal M Shivabalan, berkata anjing pengesan diberi nama Goran, bersara hari ini selepas enam tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menjaga Goran sejak dibawa masuk dari Czechoslovakia pada 2019, Shivabalan, 38, mengakui haiwan itu adalah rakan kerja yang cekap.

Katanya, Goran kini berusia lapan tahun dan setia bertugas walaupun mengalami masalah tulang pinggul.

"Antara kejayaan terbesar Goran ialah membantu saya mencari baju suspek kes bunuh di Baling tahun lalu. Dia jumpa pakaian pembunuh hingga membawa kepada penangkapan suspek," katanya.

Shivabalan ditemui selepas Program Penyerahan Adoption K9 PDRM yang disaksikan Ketua Penolong Pengarah D6 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Zuraimi Zam Zam, di sini, hari ini.

Goran menjadi anjing K9 pertama di negara ini diserah kepada individu yang layak menjaganya sebagai haiwan peliharaan selepas bersara.

Penjaga baharu Goran, Inspektor Lee Sheng Wey, 35, dari Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, akan memastikan anjing itu dapat membiasakan diri.

"Goran boleh bebas bergerak dalam rumah, keluar berjalan-jalan dan tidak terkurung," katanya.

Sementara itu, Zuraimi ketika berucap berkata, program itu julung kali dilaksanakan atas kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak penubuhan Unit K9 pada 1968.

Katanya, pengambilan K9 bersara akan melalui tapisan ketat dengan keutamaan diberi kepada penjaga asal sebelum dibuka kepada anggota PDRM lain dan orang awam yang benar-benar layak.

"Sepanjang enam tahun berkhidmat, Goran banyak berjasa kepada PDRM dan masyarakat," katanya



DIUCAPKAN

SELAMAT BERSARA

UNTUK GORAN

AMIN

DAPAT TUAN BARU

DAPAT RUMAH BARU

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan