Jumaat, 5 September 2025

SEMBOYAN PERANG DUNIA KETIKA DIBUNYIKAN


Russia tiada kuasa halang penghantaran tentera kuasa Barat ke Ukraine - NATO
PRAGUE: Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Mark Rutte menegaskan Russia tidak mempunyai kuasa veto untuk menghalang keputusan kuasa Barat menghantar tentera ke Ukraine sebagai sebahagian jaminan keselamatan sekiranya gencatan senjata dicapai.

"Kenapa kita perlu mengambil kira pandangan Russia mengenai kehadiran tentera di Ukraine? Ukraine negara berdaulat dan itu bukan hak mereka (Russia) untuk menentukannya, Russia tiada kaitan dalam hal ini," katanya ketika lawatan ke Prague, hari ini.

Ketika ini, pemimpin daripada pakatan negara diketuai Perancis dan Britain sedang mengadakan rundingan bagi memuktamadkan sumbangan terhadap pelan jaminan keselamatan berkenaan.

Rutte berkata, jika Ukraine mahu pasukan jaminan keselamatan ditempatkan di negara itu bagi menyokong perjanjian damai, ia terserah kepada Kiev dan tiada pihak lain boleh membuat keputusan mengenainya.

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa perlu berhenti memberi terlalu banyak kuasa kepada Presiden Russia, Vladimir Putin.

Russia sebelum ini menegaskan tetap menentang sebarang penempatan tentera Barat di Ukraine sebagai sebahagian daripada kemungkinan perjanjian damai.

Menurut diplomat Barat, kira-kira 30 negara yang membincangkan pembentukan pasukan jaminan keselamatan untuk Ukraine kini sudah mempunyai angka konkrit mengenai jumlah tentera yang boleh dihantar.

Negara Eropah berharap dengan mengemukakan pelan jelas, mereka dapat meyakinkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump supaya menunaikan janjinya memberikan sokongan ketenteraan Amerika.

Trump sebelum ini berulang kali menyatakan hasrat menamatkan perang, namun Kremlin terus menangguhkan usaha menganjurkan rundingan langsung antara Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

RUSIA SERANG

UKRAINE KERANA

TAK MAHU UKRAINE

BAWA ASKAR NATO

MASUK KE UKRAINE

AMIN

JIKA BALA TENTERA

NATO  MASUK JUGA

PASTI PERANG

DUNIA KE TIGA

MELEDAK

AMIN

KITA DI MALASIA

WAJIB BERSEDIA

BUAT APA YANG

PERLU

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan