Selasa, 9 September 2025

SPRM MENAKJUBKAN - PANTAS DAN CERGAS !!!


Siasatan Terhadap Farhash Babit Kes Mineral Sabah Selesai, Ditutup – SPRM


KUALA LUMPUR, 9 Sep 25 — Siasatan membabitkan  Farhash Wafa Salvador berhubung penerokaan mineral di Sabah selesai dan ditutup, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  Azam Baki.

Azam mengesahkan keputusan untuk menutup siasatan dibuat berikutan Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada kes jenayah yang boleh dikenakan kepada mana-mana pihak

“Siasatan kita jalankan dengan memanggil semua yang terbabit dan kita juga merekod kenyataan daripada Sabah Mineral Management, kerajaan negeri, siapa-siapa yang dikatakan terbabit.

“Akhirnya, Timbalan Pendakwa Raya sudah membuat keputusan tiada kes jenayah yang boleh dikenakan kepada mana-mana pihak sama ada di bawah Akta SPRM 2009, Kanun Keseksaan dan tiada isu tadbir urus, maka kes ini ditutup,” katanya pada sidang media, hari ini.

Sebelum ini, satu laman portal melaporkan bahawa SMM telah menganugerahkan lesen penerokaan kepada Bumi Suria Sdn Bhd bagi perlombongan arang batu, dengan syarikat itu didakwa diberikan hak eksklusif meneroka kawasan seluas 70,000 hektar di Hutan Simpan Kalabakan dan Gunung Rara, berhampiran sempadan Kalimantan.

Pada masa yang sama, ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menafikan dakwaanyang mengaitkan namanya dengan isu tersebut. @politiko.my


HAM DU LIL

LIL DU HAM

KAH KAH KAH

CEKAP PANTAS

RENTAS SELESAI

AMIN

INILAH CARA 

KERJA YANG BAIK

AMIN

TAK PERLU

BUANG MASA 

TENGOK VIDEO

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan