Khamis, 4 September 2025

TENTERA MESIR JORDAN & TURKI WAJIB REMPUH MASUK


Sejuta penduduk Gaza akan hilang tempat tinggal dalam serangan terbaru Israel


BAITULMAQDIS: Israel menjangkakan serangan besar-besaran yang bakal dilancarkan ke atas Gaza akan menyebabkan kira-kira sejuta penduduk Palestin hilang tempat tinggal, kata seorang pegawai kanan tentera.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika laporan daripada pasukan pertahanan awam Gaza menyebut puluhan orang awam terbunuh di seluruh wilayah tersebut akibat serangan berterusan tentera Israel.

Seorang pegawai kanan dari COGAT, sebuah badan Kementerian Pertahanan Israel yang menyelia hal ehwal awam di wilayah Palestin, berkata, kira-kira 70,000 penduduk Palestin sudah meninggalkan utara Gaza sejak kebelakangan ini.

Bercakap kepada wartawan dengan syarat tidak dinamakan, pegawai itu berkata, pihak berkuasa Israel menjangka 'sejuta orang' akan melarikan diri ke selatan, tanpa memberikan jangka masa yang spesifik.

Kebanyakan daripada lebih dua juta penduduk Gaza sudah kehilangan tempat tinggal sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh perang yang hampir dua tahun sejak 2023.

Israel terus memperhebat operasi termasuk memanggil puluhan ribu askar simpanan untuk memperkukuh kekuatan ketenteraannya menjelang serangan besar ke atas Bandar Gaza, selepas hampir dua tahun peperangan.

Walaupun tekanan antarabangsa supaya perang dihentikan semakin meningkat, Israel meneruskan operasi ketenteraan bagi menguasai bandar terbesar di Semenanjung Gaza itu.

Pegawai COGAT berkata, kawasan kemanusiaan yang dirancang akan ditubuhkan, bermula dari kem pelarian di tengah Gaza ke kawasan selatan Al-Mawasi dan ke arah timur Semenanjung itu.

Israel sudah menetapkan kawasan pantai Al-Mawasi sebagai zon kemanusiaan pada awal perang, namun tenteranya berulang kali menyerang kawasan itu.

Pada pertengahan Ogos, jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB Thameen al-Kheetan berkata rakyat Palestin di Al-Mawasi berdepan akses sangat terhad kepada perkhidmatan dan bekalan penting, termasuk makanan, air, elektrik dan khemah.

Serangan Hamas pada 2023 yang mencetuskan perang mengakibatkan kematian 1,219 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka Israel.

Serangan balas Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 63,746 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, menurut angka dari kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas yang dianggap boleh dipercayai oleh PBB.

Sementara itu, ratusan penunjuk perasaan Israel turun ke jalanan di sini, bagi menggesa gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan selepas hampir dua tahun perang.

Keluarga tebusan yang ditahan di Gaza dan kumpulan anti-perang Israel menggesa protes tiga hari di Baitulmaqdis, yang memuncak pada Jumaat lalu.

Anat Angrest, ibu kepada anggota tentera Matan Angrest, yang ditahan di Gaza, merayu kepada Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu pada sidang akhbar.

"Saya menunggu 700 hari untuk anda mengeluarkan anak saya dari tahanan, dan ia berada di tangan anda. Dengan satu keputusan oleh pihak anda, saya boleh berjumpa Matan (anak) lagi esok, " katanya.

Wanita itu berkata, Natenyahu memilih untuk terus mengorbankan tebusan berbanding merebut perjanjian di atas meja untuk mencapai perjanjian yang komprehensif.

Daripada 251 tebusan yang dirampas semasa serangan Hamas, 47 masih berada di Gaza, termasuk 25 yang dikatakan telah meninggal dunia oleh tentera Israel. - AFP


NEGARA ARAB

NEGARA ISLAM

HANYA BERUPAYA

MELIHAT DAN

GARU TELOR

AMIN

JIKA ASKAR

MESIR JORDAN

DAN TURKI

REMPUH MASUK

SATU DUNIA AKAN

SOKONG

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan