Sabtu, 25 Oktober 2025

AMERIKA BUKA SATU LAGI MEDAN PERANG


Trump hantar kapal pengangkut pesawat ke Amerika Latin ketika kebimbangan perang meningkat

WASHINGTON: Washington menghantar satu kumpulan kapal pengangkut pesawat untuk menentang organisasi pengedaran dadah di Latin Amerika, menurut Pentagon, semalam.

Menurut jurucakap Pentagon, Sean Parnell, dalam satu kenyataan, penempatan USS Gerald R Ford bersama kapal-kapal lain akan meningkatkan keupayaan sedia ada untuk menggugat pengedaran dadah dan membongkar organisasi jenayah transnasional.

Pengumuman itu dibuat selepas Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth mengumumkan satu serangan malam terhadap sebuah bot yang didakwa dioperasikan oleh sindiket pengedaran dadah Venezuela, Tren de Aragua, yang mengorbankan enam nyawa di Laut Caribbean.

"Enam lelaki pengganas narkotik berada di atas kapal ketika serangan itu, yang dilakukan di perairan antarabangsa dan ini adalah serangan pertama pada waktu malam.

"Jika anda adalah pengganas narkotik yang menyeludup dadah di hemisfera kami, kami akan melayan anda seperti Al-Qaeda," katanya.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sebelum ini berkempen dengan janji untuk menghentikan campur tangan tentera asing, melancarkan kempen ketenteraan yang menyasarkan bot-bot yang didakwa digunakan untuk menyeludup dadah pada awal September lalu, dengan memusnahkan sekurang-kurangnya 10 kapal dalam beberapa serangan.

Namun, pengukuhan tentera AS dalam kempen itu termasuk 10 pesawat pejuang F-35 yang tidak dapat dikesan dan lapan kapal Tentera Laut AS mencetuskan kebimbangan di Venezuela bahawa matlamat utama Washington adalah untuk menggulingkan Presiden Nicolas Maduro.

Ini berikutan Maduro berkata awal minggu ini bahawa negara mereka memiliki 5,000 peluru berpandu permukaan-ke-udara mudah alih dari Russia untuk menangkis tentera AS.

Tindakan ketenteraan terkini itu menjadikan jumlah korban akibat serangan AS sekurang-kurangnya 43 orang, namun Washington masih belum mengeluarkan bukti bahawa sasaran mereka terbabit dalam penyeludupan dadah.

Sementara itu, jurucakap pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Marta Hurtado Gomez, berkata di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, penggunaan kekerasan yang membawa maut hanya dibenarkan sebagai langkah terakhir terhadap individu yang mewakili ancaman segera terhadap nyawa.

"Selain itu, ia akan menjadi satu pelanggaran hak untuk hidup. Secara amnya, tiada siapa yang sepatutnya dibunuh kerana kesalahan berkaitan dadah," katanya.

Malah, Brazil, kuasa besar serantau, menganggap campur tangan tentera AS di Venezuela sebagai tidak boleh diterima dan bimbang ia boleh memberi kesan buruk kepada seluruh Amerika Selatan, menurut penasihat dasar luar.

Sebaliknya, Trump berkata, beliau tidak memerlukan pengisytiharan perang daripada ahli undang-undang AS untuk menyerang Venezuela atau negara-negara lain yang didakwa terbabit dalam perdagangan dadah, memberi amaran bahawa serangan di daratan akan berlaku.


BUKA SATU

LAGI MEDAN

PERANG

AMIN

KALAH DI VIETNAM

KALAH DI IRAQ

KALAH DI AFGHAN

KINI NAK KALAH

DI COLOMBUIA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan