Saman Anwar: Tun M Perincikan 9 Bahagian Fitnah Anwar Ke Atasnya
KUALA LUMPUR, 21 Okt 25 — Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, telah mengeluarkan sembilan kenyataan berunsur fitnah yang menjejaskan maruah dan imejnya sebagai bekas Perdana Menteri serta tokoh negarawan.
Dalam penyata saksi yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mantan Perdana Menteri itu menjelaskan bahawa ucapan Anwar ketika Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) disampaikan dengan niat menjatuhkan reputasinya melalui tuduhan bahawa beliau tamak kuasa, mengamalkan kronisme, memperalat bangsa dan agama, serta memperkayakan keluarga.
“Fitnah-fitnah ini mencemar maruah saya dan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap perjuangan saya lebih enam dekad,” katanya dalam penyata bersumpah itu.
Mahathir menyifatkan kenyataan Anwar — “patriotism, racism, religious bigotry combined are the last refuge of the scoundrel” — sebagai paling menghina kerana menuduh beliau sebagai “bajingan” yang mempergunakan isu bangsa dan agama untuk kepentingan diri.
Beliau turut menafikan dakwaan bahawa dirinya takut kepada siasatan SPRM atau LHDN, serta tuduhan palsu bahawa beliau memiliki kekayaan berbillion ringgit di luar negara.
“Saya tidak pernah takut disiasat. Tuduhan kononnya saya kaya berbillion dan lari cukai adalah pembohongan besar,” tegasnya.
Dalam sama tersebut, Mahathir menuntut ganti rugi am dan teruk, serta perintah injunksi kekal bagi menghalang Anwar daripada mengulangi kenyataan tersebut, yang disifatkannya sebagai fitnah terancang dan serangan peribadi paling berat dalam kerjayanya.
Pada Mei 2023, Mahathir memfailkan saman itu terhadap Anwar berhubung dakwaan Anwar bahawa bekas perdana menteri itu mengumpul kekayaan untuk kekayaan peribadi semasa berkuasa.
Beliau memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan saman itu yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Donald Joseph Franklin di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini. @politiko.my

Kah kah kah terpaling cemerlang terpaling hebat orang kita, dahulu kini selamanya, menjadikan negara sebagai hak milik Sdn Bhd kah kah kah
BalasPadam