Khamis, 2 Oktober 2025

APAKAH NETANYAHU AKAN DIJEMPUT SAMA ?

 


Lebih 200 aktivis GSF mewakili 37 negara ditahan tentera Israel


TEL AVIV: Pasukan keselamatan Israel menahan lebih 200 aktivis yang menyertai konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) dalam usaha menembusi sekatan maritim ke Gaza, menurut jurucakap rasmi tentera Israel.

Aktivis yang ditahan berasal dari sekurang-kurangnya 37 negara, termasuk Sweden, Brazil, Perancis, dan Malaysia.

Operasi pemintasan bermula lewat malam semalam apabila tentera laut Israel menyerbu beberapa kapal dalam flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Antara yang ditahan termasuk tokoh terkenal seperti aktivis alam sekitar, Greta Thunberg dan Ahli Parlimen Eropah, Emma Fourreau, yang berada di atas kapal Madleen dan Alma ketika diserbu.

"Kesemua individu yang ditahan akan dibawa ke pelabuhan Israel untuk proses pengusiran," kata jurucakap tentera laut Israel, sambil menegaskan bahawa flotila itu telah melanggar zon sekatan yang ditetapkan.

Pihak berkuasa turut mendakwa bahawa beberapa peserta mempunyai kaitan dengan kumpulan pelampau, dakwaan yang dinafikan oleh penganjur flotila.

GSF adalah misi maritim terbesar ke Gaza dalam beberapa tahun, membabitkan lebih 50 kapal dan lebih 500 aktivis dari seluruh dunia.

Misi ini bertujuan menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej solidariti kepada rakyat Palestin yang berdepan krisis kemanusiaan akibat konflik dan sekatan berpanjangan.

Penganjur flotila menyifatkan tindakan Israel sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa dan menyeru masyarakat antarabangsa global supaya bertindak balas.

Beberapa negara termasuk Colombia, Venezuela dan Turkiye telah menyuarakan kecaman terhadap tindakan Israel dan menuntut pembebasan segera semua aktivis yang ditahan. - AGENSI

APAKAH 

NETANYAHU

AKAN DIJEMPUT 

SAMA ?

KHALAS

1 ulasan: