Isnin, 13 Oktober 2025

AZAM BAKI BUAT LAWAK BERDIRI



Azam Baki: Malaysia Tidak Harus Menjadi Nepal Kerana Rasuah


KUALA LUMPUR, 13 Okt 25 — Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki, menyuarakan harapannya agar Malaysia tidak terjerumus ke dalam nasib seperti Nepal, yang beliau gambarkan telah terjejas teruk oleh amalan rasuah meluas.

Menurutnya, negara harus mengambil iktibar daripada pengalaman di negara luar untuk memperkuatkan mekanisme pencegahan.

“Kita mesti memastikan sistem integriti kita kukuh, agar Malaysia tidak menjadi contoh kegagalan tadbir urus akibat rasuah seperti yang dilihat di Nepal,” kata Azam dalam majlis pertandingan debat antirasuah di Universiti Kebangsaan Malaysia malam tadi.

Azam memaklumkan bahawa SPRM sedang mempertingkat usaha penguatkuasaannya dengan lebih teliti dan sistematik.

“Rasuah hari ini lebih licik; ia tidak lagi terang-terangan, tetapi diselindungi melalui pelbagai lapisan seperti pemalsuan dokumen, penggunaan proksi, dan transaksi kewangan yang kompleks.” Katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa jika sistem akauntabiliti dan pemeriksaan dalaman tidak diperkukuh, maka ia akan menjadi “pintu belakang” untuk jenayah rasuah terus berakar umbi.

“Jika kita biarkan integriti longgar, rasuah bukan sahaja menghancurkan institusi kerajaan, malah kepercayaan rakyat terhadap keseluruhan sistem akan terhakis,” ujar Azam.

Tambah beliau, kerugian nasional akibat jenayah rasuah dalam beberapa tahun kebelakangan ini mencecah bilangan yang amat membimbangkan iaitu hampir ratusan bilion ringgit dan purata tahunan mencapai puluhan bilion.

Untuk menentang gejala ini, Azam menyatakan bahawa SPRM akan memperluas kerjasama antara agensi kerajaan, memperkemas audit dan pengauditan, serta memperkukuh undang-undang yang berkaitan dengan salah laku dan kegagalan pentadbiran.

“Kita perlu kerangka kerja yang bukan hanya reaktif, tetapi proaktif; bukan hanya menyiasat bila sudah besar, tetapi mencegah dari awal,” katanya.

Tahun ini, Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh setahun berkuat kuasa 13 Mei lalu.

Azam bagaimanapun sudah dua kali dilantik semula bagi memegang jawatan itu masing-masing selama setahun iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024 dan dari 12 Mei 2024 hingga 12 Mei 2025. @politiko.my

PENGHALANG 

KEMPEN HAPUS 

RASUAH AMAT

JELAS

AMIN

PENHALANG

PERTAMAA

AZAM BAKI

PENGHALANG

KE DUA

ZAHID HAMIDI

AMIN

TAKDA SAPA

PECAYA MADANI

LAWAN RTASUAH

AMIN

JUSTERU INI

HANYALAH 

LAWAK BERDIRI

DARI KAKI RASUAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan