Sabtu, 25 Oktober 2025

BANJIR SAMPAI LAGI


Banjir di Kedah: Mangsa meningkat, air naik di Pokok Sena, Baling


ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 1,858 mangsa daripada 587 keluarga yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah setakat jam 8 pagi hari ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 1,283 mangsa daripada 407 keluarga yang dilaporkan sehingga jam 12 tengah malam tadi.

Peningkatan jumlah mangsa banjir itu disebabkan dua lagi daerah iaitu Pokok Sena dan Baling dinaiki air sejak malam tadi menyebabkan lima PPS dibuka di dua daerah itu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah dalam kenyataannya memaklumkan, PPS yang baru dibuka di daerah Baling adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Siong; SK Seri Bayu; Dewan Tun Abdul Razak (lama) dan Kompleks Belia dan Sukan yang menempatkan keseluruhan mangsa banjir seramai 251 mangsa daripada 68 keluarga di daerah itu.

Kesemua mangsa yang dipindahkan di daerah itu adalah dari Mukim Siong iaitu Kampung Siput; Depan SK Siong; Kampung Cenerai; Kampung Baru; Kampung Bendang Sera; Kampung Haji Abas; Kampung Lubuk Pedati; Kampung Seberang Market Lama; Kampung Lahar; Kampung Tepi Masjid Baru dan Kampung Batu 48.

Sementara itu, di Pokok Sena, satu PPS diaktifkan tengah malam tadi di Dewan Serbaguna Pokok Sena yang menempatkan seramai 85 mangsa daripada 26 keluarga dari Taman Puteri.

Dalam pada itu, daerah Kulim terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi yang dipindahkan ke lapan PPS setakat ini iaitu 1,470 mangsa daripada 449 keluarga.

PPS terbabit adalah Surau Taman Sang Kancil; PPS Dewan Kampung Paya Tok Betok; PPS Sekolah Menengah Agama (SMA) Isaniah Jangkang, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Pagar Museh; PPS SRJ (C) Khi Min; PPS Dewan Orang Ramai Sungai Karangan; PPS Surau Padang Meha dan PPS SK Merbau Pulas.

Kesemua mereka yang dipindahkan di lapan PPS di daerah Kulim adalah dari Kampung Seberang Sungai, Kampung Paya Tok Betok, Kampung Seberang Jaya, Kampung Kemuting, Kampung Banggol Penyengat, Kampung Manggis, Kampung Baru, Kampung Sungai Karangan dan Kampung Kuala Benut.

Sementara itu, PPS di SJK (C) Chong Cheng di daerah Kuala Muda pula masih menempatkan 52 mangsa daripada 24 keluarga di Kampung Huma, Tanjung Dawai akibat kejadian air pasang dan ombak besar yang berlaku pada 22 Oktober lalu.

Setakat ini, lapan daerah di negeri ini turut terjejas akibat banjir namun tiada PPS dibuka di daerah itu setakat ini.

Antara daerah terbabit adalah Sik, Kuala Muda, Kulim, Pendang, Bandar Baharu, Baling, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Berdasarkan laman web Public InfoBanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lima sungai di negeri ini sudah melepasi tahap bahaya iaitu dua di daerah Pendang, masing-masing satu di Baling, Sik, dan Kubang Pasu setakat jam 7 pagi hari ini.

HUJAN DAN 

BANJIR AKAN

TERUS SAMPAI

AMIN

TIAP TAHUN

AKAN BERTAMBAH

LEBAT &  BANJIR

MAKIN GANAS

AMIN

DI IKUTI OLEH

MUSIM PANAS

AMIN

INI WATAK

PEMANASAN DUNIA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan