Lebih 1,000 anggota keselamatan digerakkan kawal demonstrasi di Jakarta hari ini
JAKARTA: Seramai 1,743 anggota keselamatan digerakkan bagi mengawal beberapa siri demonstrasi yang dijadual berlangsung di sekitar Jakarta Pusat, hari ini.
Demonstrasi itu diadakan bertepatan dengan setahun pemerintahan Presiden, Prabowo Subianto.
Menurut laporan CNN Indonesia, Ketua Seksyen Perhubungan Awam Polis Metro Jakarta Pusat, Iptu Ruslan Basuki dilapor berkata, ribuan anggota penguatkuasa itu terdiri daripada pelbagai agensi bagi menghadapi himpunan yang dijangka membabitkan pelbagai kumpulan masyarakat, termasuk golongan mahasiswa dan pemandu motosikal e-hailing.
"Seramai 1,743 anggota keselamatan digerakkan untuk mengawal demonstrasi yang berlangsung hari ini.
"Kami mahu memastikan demonstrasi berjalan dengan selamat, teratur serta tidak mengganggu aktiviti orang awam.
"Pengawalan ini bertujuan memastikan kelancaran penyampaian aspirasi rakyat," katanya,
Perhimpunan dijadual berlangsung pada jam 9 pagi waktu tempatan sebelum semua anggota dikerahkan ke beberapa lokasi utama demonstrasi termasuk Kompleks Parlimen.
Selain itu, demonstrasi juga dilakukan di Tenda Putih, Monas, Gambir; Sarinah, Jalan MH Thamrin, Menteng dan Ibu Pejabat Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) iaitu kawasan demonstrasi oleh aktivis dan pelajar.
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai urusan atau aktiviti di kawasan terbabit dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan mengikuti perkembangan trafik semasa bagi mengelakkan kesesakan akibat demonstrasi. – AGENSI

gua kibar bendera kontol dan memek! kah kah kah!
BalasPadam