Khamis, 16 Oktober 2025

BUANG SEKOLAH LANGKAH SILAP



Pelajar terlibat rogol, sebar video lucah di Kedah akan dibuang sekolah

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan mengambil tindakan tegas buang sekolah kepada pesalah-pesalah yang terlibat dalam kes rogol berkumpulan dan penyebaran video lucah di negeri itu, baru-baru ini.

Jabatan tersebut dalam kenyataan hari ini berkata, ia telah pun memulakan proses siasatan dalaman berhubung kes berkenaan.

“Kes ini kini sedang berada dalam siasatan pihak polis dan semua suspek telah ditahan reman. JPN Kedah memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan,” katanya.

Tambahnya, tindakan segera juga telah diambil untuk memberi bantuan kepada mangsa dengan tumpuan utama ketika ini adalah untuk memastikan kesejahteraan mangsa diberi perhatian.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di institusi pendidikan dan sedang berusaha untuk menambah baik setiap aspek bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan.

Terdahulu media melaporkan empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Baling, Kedah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol secara berkumpulan serta menyebarkan rakaman lucah tersebar di media sosial.

Media melaporkan, Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 53 tahun kira-kira jam 11 pagi, Ahad lalu selepas dimaklumkan guru disiplin sekolah berkenaan mengenai penularan video bogel melibatkan anaknya.

Bertindak atas maklumat itu, polis menahan empat remaja termasuk tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sekolah sama pukul 9.30 malam hari sama bagi membantu siasatan. 

BUANG SEKOLAH

LANGKAH SILAP

AMIN

LEPAS GERAM

CARA MUDAH

SELESAI

MASALAH

AMIN

YANG DIBUANG

MASIH MUDA

BOLEH DIDIDIK

AMIN

DIA MASIH LAGI

ANGGOTA

MASYARAKAT

AMIN

AJAR DAN DIDIK

AGAR DIA JADI

BAIK MACAM KITA

AMIN

BUANG SEKOLAH

SEOLAH-OLAH

INI TUGAS SUCI 

KEJAYAAN KITA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan