Rabu, 22 Oktober 2025

DEMO TETAP DEMO - LAWAN TETAP LAWAN




Hak Rakyat Berhimpun Tak Boleh Diketepikan Demi Sidang ASEAN – Peguam


KUALA LUMPUR, 22 Okt 25 — Peguam Rafique Rashid menegaskan bahawa hak rakyat untuk berhimpun secara aman dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh disekat atas alasan Sidang Kemuncak ASEAN yang sedang berlangsung di ibu negara.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah memudah cara mana-mana perhimpunan aman tanpa senjata, bukannya menghalang rakyat daripada menyuarakan pandangan.

Kenyataan itu mengulas amaran Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, yang sebelum ini menegaskan bahawa tiada aktiviti dibenarkan yang boleh mengganggu perjalanan acara atau ketenteraman awam semasa Sidang ASEAN.

“Mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan… saya menegaskan, jangan ganggu event, jangan ada aktiviti yang mengganggu laluan event, dan yang paling penting jangan ada aktiviti yang ganggu ketenteraman awam,” kata Fadil seperti dilaporkan media.

Rafique bagaimanapun menyifatkan kenyataan itu sebagai bercanggah dengan hak yang dijamin Perlembagaan.

“Memberi amaran dan menakutkan rakyat adalah satu bentuk sekatan terhadap kebebasan berhimpun,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan jika amaran PDRM itu dibuat atas arahan mana-mana pihak berkepentingan.

“Dari siapa PDRM terima arahan supaya keluar amaran sebegini rupa, dari Perdana Menteri atau Pengerusi ASEAN?” soal Rafique.

Rafique dalam kenyataannya juga menzahirkan kemarahan terhadap keputusan menjemput bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Sidang ASEAN, dengan menyifatkan langkah itu sebagai tidak sensitif terhadap penderitaan rakyat Palestin.

“Rakyat marah dan kecewa jemputan pada Trump diteruskan kerana Amerika Syarikat membiayai dan menyokong zionis Israel dalam genosida terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Beliau menegaskan, rakyat Malaysia berhak menyatakan bantahan seperti mana ratusan ribu pendemonstrasi di Eropah, Amerika dan Afrika yang turun ke jalan membantah kekejaman Israel.

“Kalau dunia luar yang majoriti bukan Islam bangkit, adakah kita di Malaysia harus bisu dan tunduk hanya kerana ada pembesar Amerika datang ke tanah kita sendiri?” ujarnya.

Rafique menutup kenyataannya dengan menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak, termasuk ASEAN atau Trump, boleh melebihi kuasa Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau ya, maka tepatlah Malaysia sekarang di bawah seorang diktator,” katanya. @politiko.my.



DEMO TETAP

DEMO

AMIN

LAWAN TETAP

LAWAN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Jalan tutup buat flotilla ikut sungai klang..sure sampai...baru ada akai...nie pakai mrt/lrt udah usang musang...

    BalasPadam