Jumaat, 3 Oktober 2025

DEMO TOLAK TRUMP


Penunjuk perasaan berarak ke kedutaan Amerika lagi

Hujan yang turun sejak pagi tadi di ibu negara tidak menghalang peserta himpunan anti-Israel untuk turun ke jalan raya bagi menyatakan bantahan.

Bermula di hadapan bangunan Lembaga Tabung Haji (TH) selepas selesai solat Jumaat beberapa tokoh menyampaikan ucapan.

Kemudiannya peserta himpunan berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat (AS) meskipun dalam keadaan cuaca hujan.

ADS

Mereka berarak sambil melaungkan ungkapan anti Israel. Himpunan hari ini dianjurkan Mapim.

Laungan "free Palestine", "hancur Israel" dan "jahanam Amerika" bergema sepanjang jalan ketika protes berlangsung di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Himpunan yang menghimpunkan NGO serta pemimpin politik daripada pelbagai parti itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap kekejaman Israel.

Antara tokoh politik yang hadir termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Maszlee Malik; Ketua Pemuda PKR (AMK) Kamil Munim; Timbalan Ketua Pemuda PAS, Hafez Sabri; Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahhudin Hashim, selain pemimpin Amanah dan wakil DAP.

ADS

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, pada mulanya bertindak sebagai wakil untuk menghantar memorandum bantahan kepada kedutaan AS. Namun tiada wakil kedutaan tampil menerima bantahan itu dan memorandum hanya diletakkan di dalam peti surat.

Tidak lama selepas itu, Kamil memaklumkan dia menerima panggilan daripada kedutaan AS yang bersetuju untuk menerima memorandum tersebut.

Ketua AMK itu bersama Maszlee dan Hafez kemudian dibenarkan masuk ke dalam bangunan kedutaan bagi menyerahkan dokumen bantahan berkenaan.

Himpunan yang berlangsung lebih dua jam itu berjalan dengan aman dan mendapat kawalan pihak polis.

Sementara itu, Mukhriz menggesa kerajaan membatalkan jemputan kepada Presiden AS, Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini.

"Orang macam Trump tidak boleh dibuat kawan, tak kan kita nak berkawan dengan musuh yang nyata.

"Ini masanya untuk rakyat Malaysia bangkit menyatakan bantahan terhadap kehadiran Donald Trump," katanya ketika berucap.

Protes anti-Israel itu berakhir sekitar jam 4.15 petang tadi meskipun segelintir kecil penunjuk perasaan masih kekal berhimpun berhampiran kedutaan AS.

KITA BEDEMO

TOLAK TRUMP

 KEPALA ZIONIS

AMIN

TOLAK ZIONIS

TEMPATAN

AGEN YAHUDI

BLACKROCK

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan