Jumaat, 3 Oktober 2025

GEN ZEE TERUS MELAWAN KERAJAAN ZALIM



2 maut, ratusan ditahan susulan protes ganas Gen-Z di Maghribi

RABAT: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh selepas pihak berkuasa melepaskan tembakan ke arah sekumpulan individu yang cuba menyerbu sebuah balai polis di Maghribi, lapor media rasmi negara itu.

Gelombang demonstrasi di Maghribi sejak beberapa hari lalu digerakkan oleh kumpulan generasi Z atau 'GenZ 212', sebuah gerakan golongan muda baharu tanpa pemimpin yang menganjurkan demonstrasi.

Penganjur sebenar gerakan berkenaan masih belum dikenali pasti.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri Maghribi memaklumkan, lebih 400 orang ditahan manakala hampir 300 lagi cedera sepanjang siri perhimpunan yang menuntut reformasi sektor kesihatan awam dan pendidikan di negara itu.

MAP, agensi berita milik kerajaan, melaporkan sekumpulan individu cuba menyerbu balai polis di Lqliaa berhampiran bandar pesisir Agadir dengan memetik kenyataan pegawai tempatan, semalam.

Pegawai berkenaan berkata, anggota polis terpaksa menggunakan senjata api bagi mempertahankan secara sah untuk mematahkan serangan yang bertujuan merampas peluru, peralatan serta senjata pasukan keselamatan.

MAP melaporkan, polis berjaya menangkis serangan pertama, namun kumpulan itu kembali menyerang dengan membawa senjata tajam.

Pegawai berkenaan berkata, dalam cubaan serbuan itu, dua individu maut akibat tembakan, manakala beberapa lagi cedera ketika menyertai serangan terbabit.

MAP turut melaporkan bahawa siasatan kehakiman mengenai kes insiden itu sudah dibuka.

Sejak semalam, ratusan penunjuk perasaan turut berhimpun di beberapa bandar termasuk Casablanca, Tangier dan Tetouan.

Tunjuk perasaan kali ini berlangsung dengan kebenaran rasmi buat pertama kali sejak ia tercetus pada Sabtu lalu.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan menuntut 'penghapusan rasuah, kebebasan, maruah dan keadilan sosial', malah ada yang mendesak Perdana Menteri Maghribi, Aziz Akhannouch, berundur.

Sebahagian besar perhimpunan berlangsung aman, namun wartawan AFP di Sale menyaksikan sekumpulan individu bertopeng membakar kereta polis dan cawangan sebuah bank.

Media tempatan turut melaporkan kejadian vandalisme di Sidi Bibi berhampiran Agadir serta beberapa pekan kecil yang pada asalnya tidak ditetapkan sebagai lokasi protes oleh GenZ 212. - AFP



GEN ZEE 212

TERUS MELAWAN

KERAJAAN ZALIM

AMIN

KIBARKAN

 BENDERA

LANUN LUFFY

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan