Jumaat, 17 Oktober 2025

INI KES BESAR - MALAYSIA BOLEH PECAH


Mahkamah: Kerajaan gagal tunai hak 40 peratus hasil Sabah

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.

Hakim Celestina Stuel Galid, ketika membacakan keputusan mengisytiharkan bahawa perintah pemberian khas yang dikeluarkan bersama oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri adalah “tidak sah, ultra vires (melampaui kuasa) dan tidak rasional”, sekali gus melanggar Perlembagaan.

“Adalah tidak sah bagi pihak Persekutuan untuk menetapkan pemberian khas seperti yang dimaksudkan di bawah Jadual Kesepuluh,” katanya.

Mahkamah mendapati Perintah Semakan Kedua dan Ketiga tidak sah dan membenarkan sepenuhnya permohonan yang dikemukakan oleh Sabah Law Society (SLS).

Mahkamah turut mengeluarkan perintah mandamus bagi mengarahkan Putrajaya mengadakan semakan hasil baru bersama kerajaan Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, serta menentukan hak 40 peratus negeri itu bagi setiap tahun kewangan dari 1974 hingga 2021.

Semakan tersebut mesti dimulakan dalam tempoh 90 hari dan disiapkan dalam tempoh 180 hari.

Mahkamah juga bersetuju dengan permohonan SLS untuk mengiktiraf Perintah Semakan Keempat yang diwartakan pada 27 Ogos 2025, kerana perintah itu mempunyai kesan sama seperti sebelumnya dan perlu dimasukkan dalam perintah akhir bagi melengkapkan proses tersebut. Tiada perintah kos dikeluarkan oleh mahkamah

Pihak SLS diwakili oleh Dr David Fung Yin Kee, Jeyan Marimuttu dan Janice Junie Lim, manakala kerajaan Persekutuan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi, dibantu oleh Nur Atirah Aiman Rahim dan Mohammad Solehheen Zaki.

Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah, diketuai oleh Brenndon Keith Soh, mewakili kerajaan negeri.

Selepas keputusan itu, peguam mewakili kerajaan persekutuan memaklumkan bahawa permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan akan difailkan sementara menunggu arahan lanjut daripada kerajaan.

‘Hak 40 peratus adalah tanggungjawab Perlembagaan’

Bercakap kepada media selepas keputusan diumumkan, Dr David Fung menegaskan bahawa keputusan mahkamah itu mengiktiraf hak 40 peratus hasil Sabah sebagai tanggungjawab perlembagaan yang wajib dipenuhi oleh kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Ringkasnya, hak 40 peratus yang dijanjikan kepada Sabah mesti dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri. Kita bercakap tentang tempoh dari 1974 hingga 2021 — iaitu 48 tahun,” katanya.

Fung berkata mahkamah menjelaskan bahawa “tahun-tahun yang hilang” (lost years) tidak memadamkan hak Sabah kerana kewajipan semakan hasil itu termaktub dalam Perlembagaan.

“Dalam tahun-tahun yang hilang ini, hak itu tidak terhapus. Kerajaan mesti menyemaknya semula dan menentukan jumlah sebenar, dan mahkamah telah menetapkan tempoh masa bagi pelaksanaannya,” katanya lagi.

Menurutnya, hakim turut meneliti dokumen perlembagaan dan sejarah pembentukan Malaysia, termasuk Suruhanjaya Cobbold, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) ketika mentafsir skop hak Sabah.

“Hak 40 peratus ini bertujuan untuk membiayai perkhidmatan negeri. Ia sepatutnya membantu pembangunan Sabah, namun negeri ini tertinggal jauh kerana bayaran itu tidak dibuat selama 48 tahun,” katanya.

Dr Fung turut menegaskan bahawa keputusan itu menunjukkan hasil yang dimaksudkan berpunca daripada Sabah sendiri, dan oleh itu kerajaan Persekutuan wajib mengira serta menyalurkan semula bahagian yang sewajarnya kepada negeri.

Kerajaan tidak terlepas dari tanggungjawab

Mengenai Perintah Semakan Kedua dan Ketiga, dia berkata mahkamah mendapati kegagalan perintah tersebut menyentuh hak Sabah bagi tempoh 1974 hingga 2021 tidak membebaskan kerajaan persekutuan daripada tanggungjawabnya.

“Mahkamah menyatakan bahawa kegagalan memasukkan perkara itu tidak bermaksud anda tidak perlu melaksanakannya. Mana-mana bahagian perintah yang memberi maksud anda tidak perlu melakukannya adalah salah — dan keputusan ini melindungi negeri Sabah,” ujarnya.

Dia menegaskan keputusan ini amat penting bukan sahaja untuk Sabah, tetapi juga untuk Malaysia secara keseluruhan, kerana peruntukan tersebut diperlukan bagi merapatkan jurang pembangunan dalam aspek bekalan elektrik, air bersih, sistem pembetungan dan rangkaian jalan raya.

“Sabah telah ketinggalan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, daripada 12 daerah termiskin, sembilan atau sepuluh adalah di Sabah. Semua orang di sini tahu apa maksudnya,” katanya.

Dia menambah bahawa keputusan bertulis penuh dijangka dikeluarkan oleh mahkamah dalam tempoh seminggu.

Turut hadir di mahkamah ialah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee.

INI KES BESAR

KALAU SILAP

MALAYSIA

PECAH

AMIN

SILA LIHAT

BERI PERHATIAN

NAMA- NAMA

PEGUAM

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan