NexG raih
kontrak MyKad
generasi baharu
bernilai RM733 juta
KUALA LUMPUR — NexG Berhad mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), telah dianugerahkan kontrak bernilai kira-kira RM733 juta oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tempoh enam tahun bagi membekalkan penyelesaian Kad Pengenalan Nasional Malaysia termasuk MyKad, MyTentera dan MyPOCA.
Kontrak yang bermula pada 1 Jun 2026 ini menandakan langkah penting kerajaan dalam memperkukuh sistem identiti nasional serta mempercepat transformasi digital negara.
Penganugerahan kontrak ini hadir selepas kejayaan NexG memperoleh kontrak pasport antarabangsa Malaysia bernilai RM1.73 bilion pada Ogos lalu.
Dengan kedua-dua projek utama ini, kerajaan sekali lagi menunjukkan keyakinan terhadap keupayaan NexG dalam membangunkan infrastruktur identiti negara yang selamat, moden dan sedia masa hadapan.
MyKad generasi baharu yang bakal diperkenalkan bukan sekadar kad pengenalan, sebaliknya berfungsi sebagai kunci digital nasional dengan ciri keselamatan berbilang lapisan, daya tahan tinggi dan kebolehpercayaan jangka panjang.
Kad ini akan memberi kemudahan kepada rakyat untuk mengakses subsidi bersasar, bantuan kewangan dan perkhidmatan kebajikan secara telus, melaksanakan transaksi digital dengan pengesahan biometrik merentasi sektor kewangan, telekomunikasi, insurans dan fintech, serta menghubungkan rakyat dengan pelbagai perkhidmatan kerajaan, kesihatan, pengangkutan dan bandar pintar melalui satu identiti tunggal.
Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NexG, Hj Abu Hanifah Noordin, berkata penganugerahan ini merupakan pencapaian penting negara yang membuktikan komitmen kerajaan untuk menyediakan kad pengenalan generasi akan datang yang melangkaui fungsi pengenalan diri semata-mata.
Menurutnya, MyKad baharu ini akan memastikan bantuan kewangan, subsidi dan perkhidmatan penting dapat disampaikan secara adil, telus dan tanpa ketirisan, di samping memperkukuh keselamatan negara serta memperkasa rakyat Malaysia dalam ekonomi digital.
Dengan nilai gabungan kontrak pasport dan MyKad berjumlah RM2.4 bilion, NexG berada pada kedudukan kukuh untuk menjana pendapatan berulang dan stabil sekurang-kurangnya enam tahun akan datang.
Kejayaan ini bukan sahaja menjamin ketahanan syarikat dalam menghadapi kitaran ekonomi, malah membuka peluang bagi NexG mengembangkan penyelesaian identiti digital tempatan ke pasaran ASEAN, Afrika dan antarabangsa, sekali gus menonjolkan kepimpinan Malaysia dalam infrastruktur kritikal global.

Ini projek lama, bukan baru bukan sesuatu yang pelik, norma kehidupan setiap bangsawan berkuasa, zaman kesultanan pun ada, anak emas, anak perak anak gangsa, semuanya adil saksama, jangan risau sangat siapa dapat, janji orang kita hebat, gelungan rangkaian tetap tak lari, macam kari ikan dari laut asam darat sampai di kuali TT jugak kah kah kah, sibuk siapa dapat projek jangan tanya lah, mesti ada imbuhan mesti ada cium tangan mesti ada kiriman kasih sayang, ikhlas dan pastinya halal amin kah kah kah
BalasPadam