Khamis, 30 Oktober 2025

ITAM BUNUH ITAM


Laporan pembunuhan beramai-ramai di bandar Sudan ditawan RSF


KHARTOUM: Laporan pembunuhan beramai-ramai bermotifkan etnik dan kekejaman lain muncul dari bandar El-Fasher selepas kumpulan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF), menawan bandar itu di wilayah Darfur, barat Sudan hujung minggu lalu.

Rakaman video yang disiarkan aktivis tempatan menunjukkan seorang pejuang yang terkenal kerana menembak orang awam di kawasan dikuasai RSF, melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah sekumpulan orang awam tidak bersenjata yang duduk di atas tanah.

Satu lagi rakaman yang dikongsi aktivis pro-demokrasi pula didakwa menunjukkan puluhan mayat bergelimpangan di atas tanah berhampiran kenderaan yang terbakar, namun kesahihan rakaman itu belum dapat disahkan.

Dalam satu kenyataan semalam, Pasukan Bersatu (Joint Forces) yang berpihak kepada tentera Sudan menuduh RSF membunuh lebih 2,000 orang awam tidak bersenjata dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.

Makmal Penyelidikan Kemanusiaan Universiti Yale yang memantau perang di Sudan menggunakan risikan sumber terbuka dan imej satelit, berkata pihaknya menemui bukti yang konsisten dengan kejadian pembunuhan beramai-ramai oleh RSF.

Makmal itu menyatakan bandar El-Fasher 'dilihat sedang mengalami proses pembersihan etnik yang sistematik dan disengajakan terhadap masyarakat asal bukan Arab seperti Fur, Zaghawa dan Berti, melalui pengusiran paksa dan hukuman mati tanpa perbicaraan'.

Ia turut melaporkan berlaku 'operasi pembersihan dari rumah ke rumah' di bandar berkenaan.

Pengarah Eksekutif Makmal Yale, Nathaniel Raymond, berkata bukti satelit menunjukkan terdapat mayat bergelimpangan di atas tanah serta perubahan warna tanah yang kelihatan kemerahan.

Beliau membandingkan tahap keganasan di bandar itu dengan 24 jam pertama pembunuhan beramai-ramai di Rwanda. Kita baru berada di permulaan gelombang keganasan.

"Saya tidak pernah menyaksikan tahap kekejaman seperti yang berlaku sekarang. Ia hanya boleh dibandingkan dengan gaya pembunuhan seperti di Rwanda dalam tempoh 24 jam pertama," katanya.

Ahad lalu, RSF mengumumkan pihaknya telah menawan pangkalan utama tentera di bandar itu dan dalam satu kenyataan berkata mereka kini 'menguasai sepenuhnya bandar El-Fasher daripada cengkaman tentera upahan dan militia'.

Isnin lalu, Ketua angkatan tentera Sudan, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan, mengakui pasukannya telah berundur dari El-Fasher 'ke lokasi yang lebih selamat', sekali gus mengesahkan kehilangan bandar strategik itu.

RSF dan tentera Sudan terbabit dalam perang saudara berdarah sejak April 2023 susulan perebutan kuasa antara kedua-dua pihak.

Pertempuran itu meragut lebih 150,000 nyawa dan memaksa lebih 14 juta penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Kebimbangan terhadap keselamatan puluhan ribu orang awam yang terperangkap dalam bandar akibat kepungan RSF selama 18 bulan turut meningkat sejak beberapa minggu lalu.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Türk, pada Isnin memberi amaran mengenai peningkatan risiko 'pelanggaran dan kekejaman bermotifkan etnik' di El-Fasher.

Pejabatnya memaklumkan sedang menerima 'pelbagai laporan membimbangkan bahawa RSF melakukan kekejaman termasuk hukuman mati tanpa perbicaraan'.

Pejabat Hak Asasi Manusia PBB turut melaporkan insiden 'hukuman mati terhadap orang awam yang cuba melarikan diri dengan petunjuk wujudnya motif etnik dalam pembunuhan itu'.

Selain itu, ada video yang menunjukkan 'puluhan lelaki tidak bersenjata ditembak atau terbaring mati' dikelilingi pejuang RSF yang menuduh mereka sebagai anggota tentera Sudan.

Agensi berita pula dilaporkan gagal menghubungi penduduk di bandar berkenaan selepas kesatuan wartawan Sudan mendakwa talian komunikasi, termasuk rangkaian satelit, telah diputuskan dalam sekatan maklumat menyeluruh. - AGENSI

 BERITA INI 

MEDIA  DUNIA

TAK AMBIL POT

AMIN

PELARIAN

KELAPARAN

MATI PERANG

AMIN

ITAM BUNUH ITAM

ORANG PUTIH

JUAL SENJATA

KHALAS

1 ulasan:

  1. Kurang sedikit masalah dunia woit, lagi kurang lagi baik, bukan boleh tolong berbunuhan, utamakan diri sendiri dahulu kah kah kah

    BalasPadam