Isnin, 20 Oktober 2025

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN



Bahan LGBT semakin mudah diakses di media sosial, ibu bapa bimbang – Dr. Mohd Mazri

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa memberi perhatian dan mengambil tindakan segera berhubung penularan budaya dan gaya hidup songsang (LGBT) yang dipromosikan menerusi media sosial.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Dr. Mohd Mazri Yahya yang membuat gesaan itu berkata, ramai ibu bapa melahirkan kebimbangan berkenaan kewujudan pelbagai kumpulan atau saluran LGBT termasuk yang mendakwa kumpulan sokongan yang dapat diakses dengan mudah di media sosial.

Beliau yang juga pegawai perubatan menambah, banyak ruang sebegitu wujud tanpa tapisan umur dengan ada yang memuat naik kandungan berunsur lucah, pendedahan peribadi dan jemputan pertemuan sulit.

Beliau memberikan contoh di laman sosial Telegram misalnya, terdapat kumpulan di bawah nama “Rainbow KL”, “Boyz MY” atau “Girls4Girls JB” yang dikongsi melalui Twitter dan Reddit, yang mana ramai dalam kalangan pelajar sekolah yang menyertainya secara senyap-senyap.

“Masalahnya, semua ini bukan sekadar “komuniti sokongan”.

“Mereka guna istilah lembut seperti “safe space”, tapi akhirnya ramai pelajar bawah umur terjebak dalam aktiviti berisiko — emosi, moral dan seksual,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Menurut Dr. Mohd Mazri, fenomena itu bukan lagi isu peribadi, sebaliknya merupakan masalah sosial nasional, sekali gus menggesa kerajaan berhenti seolah-olah berpura-pura `tidak nampak’ gejala tersebut.

Sebagai langkah kawalan kepada isu itu, beliau mencadangkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) khususnya mewujudkan unit pemantauan kandungan digital pelajar.

Jelasnya, unit itu boleh bertindak dengan memantau dan `tag’ akaun media sosial yang mempromosi LGBT kepada anak-anak di bawah umur.

Selain itu, tambahnya, kerajaan juga wajar mewujudkan senarai hitam akaun atau kumpulan dalam media sosial seperti di Telegram atau Reddit tempatan yang terbukti menggalakkan gaya hidup songsang dengan notis penurunan kandungan segera.

Dalam masa sama, ujarnya, kerajaan juga perlu menguatkuaskan Akta Keselamatan Dalam Talian (Online Safety Act 2025) untuk melindungi pelajar daripada kandungan berbahaya dan eksploitasi.

“Laksanakan kempen literasi akhlak digital nasional – bukan sekadar “jangan buli”, tapi “kenali identiti dan batasan moral dalam dunia maya”.

“Ahli politik, selebriti dan influencer — berhenti jadi model negatif. Anak muda tengok, tiru, dan percaya,” katanya.

Tambah Dr. Mohd Mazri, tindakan tegas dan segera oleh kerajaan itu bukan kerana soal marah atau membenci, tetapi soal melindungi generasi muda khususnya kanak-kanak di bawah umur.

“Anak-anak ini masih mencari siapa diri mereka, tapi kalau kita biar dunia maya jadi guru mereka, kita akan kehilangan seluruh generasi.

“Kalau sekarang pun pelajar sekolah dah berani masuk group Telegram “Rainbow KL”, bayangkan apa jadi lima tahun lagi bila semua ini dianggap normal?

“Sekarang masa untuk kerajaan buka mata dan bertindak, bukan nanti bila semuanya dah terlambat,” katanya. – 

KEPIMPINAN

MELALUI

 TAULADAN

AMIN

JANGAN CEMBURU

PADA LGBT KERANA

MEREKA BOLEH

ENJOI DE MENJOI

 BAHAGIA DENGAN

INTERNET

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan