Isnin, 20 Oktober 2025

KERAJAAN MADAFAKA YANG LEMAH TERUS KENA PAU


Ugut letak jawatan jika AGC buat rayuan ganggu proses mahkamah – Hassan

JOHOR BAHRU – Tindakan parti politik dan menteri dari Sabah mengugut akan meletak jawatan jika rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengiktiraf hak Perlembagaan Sabah berkaitan pembayaran 40 peratus hasil Sabah, adalah tidak wajar dan mengganggu proses mahkamah.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, keputusan kes tersebut adalah di bawah Jabatan Peguam Negara (AGC) dan proses perundangan itu perlu dihormati semua pihak.

“Ugutan politik seperti ini tidak sihat. Ini political ransom (tebusan politik) namanya. Hal seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Mahkamah telah beri kebenaran untuk pemohon memfailkan semakan kehakiman. Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah buat keputusan.

“Maka berikan hak kepada AGC buat semakan ke atas alasan penghakiman hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu.

“Perjalanan proses undang-undang tidak boleh dihalang. Berilah peluang kepada AGC menjalankan tugasnya jika kita menghayati prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hassan berkata, memberi kata dua dan ugutan kepada kerajaan Persekutuan Adalah tidak wajar dan fungsi mahkamah tidak boleh diganggu atau campur tangan.

Jelasnya, perlu difahami bahawa mana-mana kes yang bermula di Mahkamah Tinggi boleh dirayu hingga ke Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan.

“Jika alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu kuat daripada segi fakta dan undang-undang tentu sahaja. Mahkamah Rayuan akan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu.

“Begitulah juga jika kes itu dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu oleh seorang Hakim perlu melalui ujian dan semakan oleh hakim-hakim yang lebih kanan di Mahkamah Rayuan Malaysia dan seterusnya di Mahkamah Persekutuan.

“Lagi pun ini isu undang-undang perlembagaan yang melibatkan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan. Tempat untuk diputuskan secara muktamad isu-isu keperlembagaan terletak di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya bukannya di Mahkamah Tinggi Borneo di Kota Kinabalu,” tegasnya.

Menurutnya, Malaysia sebuah negara Persekutuan akan pecah jika politik ugutan digunakan untuk melemahkan kerajaan persekutuan.

Justeru katanya, biarkan proses undang-undang berjalan sepenuhnya secara tertib dari Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan.

Semalam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyatakan kesediaannya untuk meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya AGC memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengiktiraf hak perlembagaan Sabah berhubung 40 peratus hasil Persekutuan.

 Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, keputusan itu selaras dengan resolusi yang diluluskan Konvensyen UPKO Bahagian Penampang pada Ahad, yang menuntut beliau berundur daripada Kabinet sekiranya AGC meneruskan rayuan tersebut.“Dalam Konvensyen UPKO Penampang ini, satu resolusi telah diluluskan iaitu menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkenaan hak 40 peratus Sabah ke atas hasil Persekutuan yang dikutip di Sabah, sekali gus mengiktiraf hak perlembagaan Sabah.“Resolusi ini turut meminta saya menyampaikan pendirian parti agar AGC tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan penghakiman tersebut, sebaliknya meminta kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah memuktamadkan persetujuan dalam tempoh 180 hari berkenaan pelaksanaan hak perlembagaan Sabah itu,” katanya.
Ujarnya, resolusi tersebut turut memintanya untuk mengundurkan diri daripada Kabinet Persekutuan sekiranya AGC memfailkan rayuan.

“Selaku Presiden Parti UPKO, saya mempunyai tanggungjawab penuh terhadap resolusi-resolusi yang diputuskan melalui konvensyen seperti ini.

“Perdana Menteri, timbalan-timbalan Perdana Menteri serta ahli-ahli Jemaah Menteri sudah pun maklum dengan pandangan saya agar AGC tidak memfailkan rayuan.

“Saya akan menegaskan pandangan ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat minggu hadapan,” katanya. –

KERAJAAAN 

MADAFAKA YANG

TAKADA SOKONG

MAJORITI

AKAN TERUS

KENA PAU

KAH KAH KAH

INILAH BAHAYA

KERAJAAN LEMAH

AMIN

KENA PAU OLEH

SARAWAK

KENA PAU OLEH

 SABAH

KENA PAU OLEH

DAP

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. Kalau ada masa, pergi you tube, tengok keadaan orang kita di Afghanistan, Pakistan, Turkmenistan semua stan stan kah kah kah, kehidupan papa kedana, kehidupan serba kekurangan, mungkin setengah negara kaya petroleum tetapi secara keseluruhan semuanya masih tahap papa kedana tegar, sini pula kita terlalu selesa terlalu manja terlalu banyak perkara berlaku semuanya kemewahan tetapi mudah sangat lupa kesenangan kemahkotaan kemakmuran menjadi tuan tanah? Kah kah kah ingat sekelip mata semuanya boleh hilang semuanya lenyap belaka kah kah kah

    BalasPadam