Selasa, 7 Oktober 2025

KIBARKAN BENDERA LANUN LUFFY



Rumah Menteri Luar New Zealand diserang penunjuk perasaan


WELLINGTON: Seorang lelaki didakwa selepas memecahkan tingkap rumah Menteri Luar New Zealand, Winston Peters, menggunakan batang besi dan meninggalkan nota bertulis 'selamat datang ke dunia sebenar' di pintu utama kediamannya, semalam.

Menurut jurucakap Peters, kaca yang pecah dikatakan berterabur di atas anjing milik Peters yang sedang tidur di bawah tingkap ketika kejadian.

Dalam satu hantaran di platform X, Peters berkata, beliau tidak berada di rumah semasa kejadian, namun pasangannya dan seorang tetamu berada di dalam.

"Tindakan ini amat pengecut. Apabila penunjuk perasaan, penulis blog politik dan ahli Parlimen sendiri menggalakkan tingkah laku seperti ini, menyiarkan alamat rumah ahli politik secara terbuka dan bertindak secara jahil serta ekstrem, inilah akibatnya.

"Seluruh rakyat New Zealand wajar berasa amat bimbang," katanya.

Sebelum ini, Peters menerima tekanan daripada kumpulan penunjuk perasaan dan parti pembangkang sejak beliau mengumumkan bahawa New Zealand tidak akan mengikut jejak Australia, Britain dan Kanada dalam mengiktiraf negara Palestin.

Beberapa siri protes turut diadakan di luar rumahnya di Auckland.

Komander Daerah Bandaraya Auckland, Superintenden Sunny Patel, berkata seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai melakukan perbuatan itu sudah menyerah diri kepada pihak polis dan akan dihadapkan ke mahkamah pada 10 Oktober.

"Saya sedar kejadian-kejadian berulang ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk.

"Polis mengiktiraf hak untuk mengadakan protes secara sah, namun kami tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan merosakkan harta benda," katanya. - REUTERS.

KIBARKAN

DENDERA

LANUN LUFFY

AMIN

INI TANDA

ANAK MIDA

BANGUN MELAWAN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan